Sorting by

×

WRUR MEDAN BENTUK EKOSISTEM MASYARAKAT INKLUSIF, HARMONI

Masa Membaca:1 Minit, 29 Saat

LENDU 19 Mei – Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) menjadi medan dalam membentuk masyarakat yang inklusif dan harmoni, kata Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri Datuk Ngwe Hee Sem.

Hee Sem berkata, bagi merealisasikan aspirasi Kerajaan Negeri mengekalkan perpaduan rakyat berbilang kaum, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Negeri Melaka telah memperluaskan Program Jalinan Mesra Perpaduan @ Komuniti Rukun Tetangga (KRT) di WRUR Dewan Undangan Negeri (DUN) Lendu serta Sungai Udang.

Jelas beliau, menenerusi program itu pelbagai pengisian telah diselit, antaranya pemerkasaan elemen perpaduan dan keharmonian dalam komuniti Rukun Tetangga bersama wakil rakyat dengan memfokuskan aktiviti yang mengeratkan hubungan sesama jiran dan mengukuhkan semangat kekeluargaan dalam komuniti.

“Selain itu, JPNIN turut mendidik budaya pemakanan sihat di kalangan keluarga melalui pendidikan dan penglibatan aktif dalam program Tabika Perpaduan dan Taska Perpaduan serta memperkukuhkan kepimpinan RT sebagai penggerak, pengantara penting dan penjalin hubung (bridge builder) dalam program di peringkat komuniti.

“Pada masa sama, antara aspek yang ditekankan adalah meningkatkan kesejahteraan sosial komuniti dari segi keperluan keselamatan, kerjasama dan kesedaran tentang isu-isu yang berlaku di sekitar kawasan melalui penggalakkan setiap keluarga untuk menyertai dan mengambil bahagian dalam aktiviti sukarelawan atau menjadi anggota Skim Rondaan Sukarela (SRS) bagi meningkatkan keselamatan komuniti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada program Jalinan Mesra Perpaduan @KRT sempena Program WRUR Tahun 2025 DUN Lendu di Dewan Serbaguna Durian Daun Masjid Tanah, di sini, semalam.

Hadir sama Timbalan Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri Siti Faizah Abd. Azis; Pengarah Perpaduan Negeri Melaka Intan Suhana Yusuff serta kenamaan lain.

Menurut Hee Sem, di DUN Lendu, terdapat enam KRT dan lima SRS telah ditubuhkan di bawah seliaan JPNIN yang berperanan penting sebagai ejen penggerak perpaduan dalam menyampaikan perkhidmatan sosial serta memperkukuh keharmonian komuniti setempat.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

355
Kongsi :
Previous post HOSPITAL WANITA DAN KANAK-KANAK MELAKA MULA DIBINA TAHUN DEPAN
Next post PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU MICOST BERMULA 17 MEI – 30 JUN