Sorting by

×

WRUR: SIMBOL KEHARMONIAN MASYARAKAT MAJMUK – EXCO

Masa Membaca:1 Minit, 36 Saat

DURIAN TUNGGAL 3 November – Semangat perpaduan dipupuk menerusi Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) membuktikan keberkesanan program itu sebagai simbol keharmonian masyarakat majmuk negeri ini.

Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri, Datuk Ngwe Hee Sem, berkata kerajaan menerusi Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Negeri Melaka telah merencana pelbagai program pengisian sempena WRUR, sekali gus memperkukuhkan nilai perpaduan.

“Pihak JPNIN negeri telah melaksana pelbagai pengisian, contohnya kali ini sempena WRUR Dewan Undangan Negeri (DUN) Durian Tunggal kita (kerajaan) meraikan sambutan Deepavali yang bertujuan memperkukuhkan lagi semangat berbilang kaum di negeri ini.

“Malah di WRUR DUN Durian Tunggal, JPNIN negeri turut anjurkan Sambutan Hari Kanak-Kanak 2025 bagi mewujudkan masyarakat yang lebih harmoni dan inklusif,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap menyempurnakan perasmian Sambutan Hari Kanak-Kanak Peringkat Negeri Melaka Tahun 2025 dan Sambutan Deepavali Bersama Masyarakat DUN Durian Tunggal di Balai Raya Kampung Bukit Balai, di sini, semalam.

Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Datuk Zahari Abd Khalil dan Pengarah JPNIN negeri, Intan Suhana Yusuff.

Whatsapp image 2025 11 02 at 7.47.39 pm
HEE Sem (dua kiri) diiringi Zahari menyampaikan pelekat ‘1 Keluarga 1 Anggota SRS’ kepada wakil komuniti dari Taman Angkasa Nuri sambil disaksikan Zahari (kanan) pada Sambutan Hari Kanak-Kanak Peringkat Negeri Melaka Tahun 2025 dan Sambutan Deepavali Bersama Masyarakat DUN Durian Tunggal di Balai Raya Kampung Bukit Balai.

Beliau, menjelaskan inisiatif tersebut adalah bertepatan dengan agenda Pelan Strategik Melakaku Maju Jaya (PSMJ) menerusi flagship kesembilan iaitu Melaka Sejahtera.

“Menerusi agenda yang telah dirangka oleh Kerajaan Negeri, saya percaya ia akan memberi nilai tambah kepada usaha memperkukuhkan perpaduan masyarakat majmuk negeri ini menerusi WRUR.

“Malah di DUN Durian Tunggal sahaja, terdapat enam Kawasan Rukun Tetangga (KRT) dan lima Skim Rondaan Sukarela (SRS) yang berperanan sebagai penggerak dan pengantara komuniti, sekali gus memperkuatkan lagi jenama WRUR di setiap DUN negeri ini,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

473
Kongsi :
Previous post YUSOFF, HONG JUN TERIMA ANUGERAH PELAJARAN DIRAJA UTEM
Next post WRUR: JALAN PANTAI BELIMBING – MACHAP PINTU MASUK BAHARU KE MELAKA