
WRUR: SMK DURIAN TUNGGAL TERIMA DUA KIPAS GERGASI SUMBANGAN KETUA MENTERI
DURIAN TUNGGAL 7 November – Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Durian Tunggal menerima sumbangan dua buah kipas gergasi yang akan dipasang di dewan terbuka sekolah tersebut.
Sumbangan itu diumumkan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh ketika berucap pada Majlis Penutupan Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Durian Tunggal di sekolah tersebut, di sini, malam tadi.
Ab Rauf dalam ucapannya memaklumkan pemberian tersebut adalah sumbangan peribadi beliau bagi memberikan keselesaan kepasa pelajar dan guru di sekolah terbabit.
“Sukacita saya menyumbang sebanyak dua kipas besar (gergasi) di dewan terbuka SMK Durian Tunggal.
“Ini merupakan sumbangan peribadi daripada saya buat kegunaan warga sekolah ini,” katanya spontan.
Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) DUN Durian Tunggal Datuk Zahari Abd Kalil menzahirkan penghargaan kepada Ketua Menteri yang bermurah hati menyumbang dua kipas gergasi untuk SMK Durian Tunggal.
“Saya berterima kasih kepada Ketua Menteri yang cakna dengan cuaca sekarang ini dan menyumbang dua buah kipas gergasi.
“Kipas yang disumbang ini kita akan segerakan pemasangannya dalam masa terdekat bagi memberi manfaat kepada warga sekolah,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
(KEMASKINI) RUMAH TERBUKA AIDILFITRI MELAKA 2026
BERIKUT disertakan senarai Rumah Terbuka Aidilfitri Negeri Melaka bagi tahun 2026. Ketetapan tarikh, masa dan lokasi bagaimanapun tertakluk kepada perubahan:...
MELAKA ANJUR 17 JUALAN MADANI KOPERASI TAHUN INI
AYER KEROH 24 Mac - Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Negeri Melaka akan menganjurkan 17 siri program Jualan MADANI Koperasi (JMK)...
PURATA SUHU MELAKA CECAH 35 DARJAH CELCIUS, RAKYAT DINASIHAT HAD AKTIVITI LUAR
AYER KEROH 24 Mac – Purata suhu mencecah 35 darjah Celsius di Melaka disifatkan sebagai membimbangkan dan berada pada tahap...
MELAKA SIASAT HANTARAN TULAR PROMOSI LGBT SEMPENA AIDILFITRI
MELAKA, 24 Mac - Kerajaan negeri akan menjalankan siasatan segera berhubung satu hantaran tular di media sosial yang didakwa mempromosikan...
MANTAN MUFTI MELAKA MENINGGAL DUNIA
MELAKA, 24 Mac - Mantan Mufti Melaka, Datuk Rashid Redza Md Salleh meninggal dunia pada usia 76 tahun di kediamannya...
3 HARI TIDAK KELUAR, LELAKI DITEMUI MENINGGAL DUNIA DALAM RUMAH
PAYA RUMPUT 24 Mac - Tiga hari kelibatnya tidak dilihat jiran membawa kepada penemuan mayat seorang lelaki di sebuah rumah...
