
YAYASAN TM, JAPERUN REMBIA KONGSI REZEKI BERSAMA GOLONGAN MEMERLUKAN
REMBIA 26 Mac – Kerjasama antara Yayasan TM dan Japerun Dewan Undangan Negeri (DUN) Rembia, menjadikan Ramadan serta sambutan Aidilfitri golongan kurang berkemampuan di DUN berkenaan menjadi lebih ceria selain bermakna.
Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri, Datuk Fairul Nizam Roslan berkata program yang dianjurkan itu bertujuan menyantuni seramai 200 anak yatim, asnaf, fakir, miskin, warga emas dan kumpulan B40.
“Kita sampaikan sumbangan duit raya dan kit manakan, diharapkan usaha kami ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban penerima,” katanya.
Beliau yang juga Penyelaras DUN Rembia berkata demikian ketika ditemui pada Program Cahaya Ramadan dan Sumbangan Aidilfitri bersama TM serta Japerun Rembia, di sini, hari ini.
Hadir sama, Pengurus Besar TM One Cawangan Selatan, Yusof Omar serta pemimpin masyarakat DUN Rembia.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
GLAMPING TASIK CHINCHIN MULA DIBANGUNKAN 2027
AYER KEROH 5 Oktober - Pembangunan kemudahan 'glamping' di Taman Ekstrem Tasik Chinchin, Jasin dijangka bermula Januari tahun depan selepas...
TANJUNG BIDARA BUKA DIMENSI BAHARU EKONOMI DIGITAL
TANJUNG BIDARA 5 Oktober - Tanjung Bidara bakal mencipta dimensi baharu dalam sektor ekonomi dan teknologi apabila sebuah pusat data...
IKHTIAR TOK HAMEED AKHIRI EPISOD BANJIR DI AYER LIMAU
AYER LIMAU 4 Oktober - Sebanyak 11 lintasan pembetung (crossing culvert) di jajaran terusan sungai atau tali air di Kampung...
DARI KANDANG HINGGA LANDSKAP, ZOO MELAKA AKAN DICERIAKAN
AYER KEROH 4 Oktober - Zoo Melaka bakal menerima sentuhan warga Kerajaan Negeri menerusi Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Ketua...
LEBIH 1,000 ANAK MELAKA DAPAT MANFAAT KURSUS KAHWIN PERCUMA
AYER KEROH 4 Oktober - Seramai 1,002 bakal pengantin di Melaka mendapat manfaat Kursus Kahwin Percuma anjuran Majlis Agama Islam...
RM300,000 NAIK TARAF PADANG TAMAN DATUK SETIA
AYER LIMAU 4 Oktober - Penduduk Taman Datuk Setia kini boleh menikmati kemudahan riadah yang lebih selesa apabila padang awam...
