Sorting by

×

YOGYAKARTA JADI INSPIRASI MELAKA BINA KOMPLEKS WARISAN JAWA

Masa Membaca:1 Minit, 18 Saat

AYER MOLEK 10 November – Melaka bakal mengetengahkan produk warisan, seni dan budaya Etnik Jawa menjelang tahun 2025 sebagai produk baharu pelancongan negeri ini.

Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri Datuk Rahmad Mariman merangkap Jawatankuasa Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya ke Yogyakarta berkata pada 27 hingga 30 Oktober lepas, delegasi Melaka yang diketuainya telah membuat lawatan kerja ke Yogyakarta, Indonesia.

Katanya, lawatan teknikal itu bagi mengenali konsep seni bina pengurusan etnik warisan Jawa di Yogyakarta, Indonesia bersama agensi terlibat.

Jelasnya, ia disertai wakil daripada Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) bersama Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM), Bahagian Promosi Pelancongan (BPP), Jabatan Kerja Raya (JKR), Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Pejabat Daerah dan Tanah Melaka Tengah (PDTMT), Institut Warisan Melaka (INSWA) dan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) Negeri Melaka.

“Kesemua wakil agensi dan jabatan ini merupakan delegasi Melaka ke Yogyakarta untuk merangka pelan pembangunan dan seterusnya mengetengahkan produk warisan, seni dan budaya etnik Jawa di Melaka.

“Objektif kita nak capai menerusi lawatan kerja ini adalah mengenali seni bina warisan Jawa secara lanjut. Selain itu, pegawai-pegawai yang terlibat berpeluang menimba pengetahuan dan informasi berhubung tatacara pengurusan produk warisan Jawa secara terus.

“Kita juga dapat mewujudkan jalinan kerjasama dalam kalangan persatuan dan Pertubuhan Masyarakat Jawa di Yogyakarta menerusi perkongsian pandangan dan usaha-usaha yang dipraktikkan bagi menyemarakkan budaya dan warisan Etnik Jawa,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Terdahulu, Rahmad memaklumkan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) bertarikh 10 Januari 2024 telah mencadangkan pembinaan Kompleks Warisan Jawa dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Molek.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

554
Kongsi :
Previous post PROJEK TAMBAKAN PANTAI PUTERI TUNJUK PERKEMBANGAN
Next post WTD 2025 PELUANG TERBAIK PERKENAL PRODUK USAHAWAN MELAKA KEPADA DUNIA
Ubah saiz-+=