
Zahari pantau rumah PPRT ‘sakit’
DURIAN TUNGGAL 12 April – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Durian Tunggal Zahari Abd Kalil turun padang bagi meninjau Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) didakwa bermasalah.
Katanya tinjauan itu dilakukan untuk melihat sendiri keadaan PPRT berkenaan susulan aduan diterima pihaknya.
“Difahamkan rumah PPRT berkenaan bermasalah berpunca daripada pihak kontraktor, namun kita akan siasat dulu dakwaan ini.
“Kemudian kita akan rujuk kepada pihak yang berwajib berkenaan status rumah ini dan memohon tindakan segera dapat diambil jika aduan itu benar berlaku,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook rasminya, semalam.
Zahari berharap pihaknya memainkan peranan bagi membantu semoga urusan kedua-dua belah pihak dipermudahkan dan permasalahan diselesaikan dengan baik.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
BELANJAWAN 2027: MELAKA HARGAI PERUNTUKAN, INISIATIF PEMBANGUNAN
AYER KEROH 9 Oktober - Kerajaan Negeri merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan atas pengumuman pelbagai peruntukan dan inisiatif pembangunan menerusi...
BELANJAWAN 2027: PENDAPATAN PENGGIAT E-HAILING, P-HAILING DIJANGKA NAIK
KUALA LUMPUR 9 Oktober - Pemandu e-hailing dijangka menikmati peningkatan pendapatan bersih sehingga RM227 sebulan, manakala penghantar p-hailing sehingga RM100...
BELANJAWAN 2027: 100,000 LANGGANAN AI PERCUMA UNTUK ANAK MUDA
KUALA LUMPUR 9 Oktober - Sebanyak 100,000 lagi langganan kecerdasan buatan (AI) percuma bakal ditawarkan kepada golongan muda, termasuk akses...
INTI PATI BELANJAWAN 2027
KUALA LUMPUR, 9 Okt - Berikut merupakan inti pati Belanjawan 2027 bertemakan βMalaysia MADANI: Menggapai di Langit, Mengakar di Bumiβ...
BELANJAWAN 2027: MELAKA BAKAL MILIKI PUSAT PERMATA KURNIA
KUALA LUMPUR 9 Oktober - Melaka antara dua negeri dipilih untuk pembinaan Pusat Permata Kurnia baharu yang menyediakan pendidikan, sokongan...
BELANJAWAN 2027: RM935 JUTA DIPERUNTUKKAN UNTUK PELANCONGAN DAN BUDAYA
KUALA LUMPUR 9 Oktober - Sebanyak RM935 juta diperuntukkan bagi sektor pelancongan dan budaya menerusi Belanjawan 2027 susulan keputusan kerajaan...
