
ZOO MELAKA TAWAR DISKAUN SEMPENA WTD 2025
AYER KEROH 29 September – Zoo Melaka menawarkan diskaun harga tiket kepada orang ramai bersempena dengan sambutan Hari Pelancongan Sedunia (WTD) 2025.
Menurut jurucakap Zoo Melaka, tawaran istimewa itu diberikan kepada pengunjung yang membeli tiket di Visit Malaysia Travel Meet (VMTM) 2025 yang berlangsung di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), di sini, pada 26 hingga 28 September.
Jelasnya, tiket itu sah digunakan sehingga hujung tahun ini.
“Kami menawarkan harga tiket serendah RM17.10 untuk kanak-kanak manakala untuk orang dewasa harga serendah RM35.20.
“Dengan pembelian awal tiket di VMTM 2025, pengunjung boleh terus masuk tanpa perlu beratur panjang di kaunter.
“Promosi ini sangat berbaloi dan menjadi peluang terbaik untuk mereka menikmati pengalaman di Zoo Melaka jika dibandingkan dengan harga tiket yang asal,” katanya.
Tambahnya, tawaran juga amat sesuai untuk mereka yang ingin mengadakan lawatan sekolah atau bercuti bersama keluarga.
“Jika datang ke Melaka, jangan lupa jadikan Zoo Melaka sebagai destinasi pilihan untuk melihat pelbagai spesies haiwan yang menjadi antara tarikan utama pelancongan di negeri ini,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
BN MAHU ‘BIRUKAN’ EMPAT DUN DALAM PARLIMEN HANG TUAH JAYA – RIDHWAN
AYER KEROH 21 Oktober - Barisan Nasional (BN) menyasarkan kemenangan di kesemua empat kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di bawah...
SORAKAN TAK RUNTUHKAN BUKIT, JENTERA BN JANGAN LEKA
AYER KEROH 21 Oktober - Barisan Nasional (BN) Melaka mengingatkan seluruh jentera parti supaya tidak leka dengan sorakan dan semangat...
RAKYAT MAHU PEMIMPIN BEKERJA, BUKAN SEKADAR TABUR JANJI
AYER KEROH 21 Oktober - Rakyat hari ini semakin matang menilai kepimpinan dan tidak lagi mudah terpengaruh dengan janji manis,...
ORANG BERI AMBIL, UNDI SIAPA ITU HAK RAKYAT
AYER KEROH 20 Oktober - Rakyat bebas menerima sumbangan daripada mana-mana pihak menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16, namun...
‘SAYA MAHU JADI PULAU, WALAU DIPUKUL BADAI TIDAK HANYUT KE PANTAI’ – AB RAUF
AYER KEROH 20 Oktober - Pengerusi Barisan Nasional (BN) Melaka Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh menegaskan pendiriannya untuk terus...
TARIKH UMUM CALON BN MELAKA DITETAPKAN SEMULA
AYER KEROH 20 Oktober - Tarikh sebenar pengumuman calon Barisan Nasional (BN) akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka...
