WhatsApp Image 2022-08-29 at 3.27.27 PM

100 pokok hijaukan 8 sekolah

KLEBANG 30 Ogos – Sebanyak 100 anak pokok diagih dan ditanam di lapan sekolah terpilih sekitar Melaka,  sekali gus menyokong Kempen Penanaman 100 Juta Pokok menjelang 2025.

Pengarah Politeknik Melaka (PMK), Razali Johari berkata, program CSR Mega PMK dianjurkan baru-baru ini membabitkan seramai 135 pelajar baharu dan 30 pensyarah PMK.

Katanya, pada program sama peserta turut melaksanakan aktiviti khidmat komuniti seperti membersihkan dan membaiki fasiliti surau serta sekolah.

“Program seperti ini dianjurkan setiap kali kami menerima pelajar baharu yang bertujuan untuk memberi pendedahan mengenai aktiviti sukarela kepada mereka.

“Kali ini kami cuba buat sedikit kelainan dengan melaksanakan program penanaman pokok bagi meningkatkan kesedaran mengenai pentingnya menjaga kelestarian alam sekitar,” katanya

Beliau berkata, demikian ketika berucap merasmikan Program CSR MEGA diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Klebang, baru-baru ini.

Menurutnya program itu dijayakan dengan kerjasama ‘The National Autism Society of Malaysia’ (NASAOM), Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Jabatan Pendidikan Politeknik & Kolej Komuniti (JPPKK), Angkatan Koperasi Malaysia, Jabatan Hutan dan Jabatan Perpaduan Negara & Integrasi Nasional Negeri Melaka.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

360
pdrm jenayah penjara Previous post Geng pecah rumah mewah tumpas
photo1661759246 Next post Sambut merdeka seperti hari raya