10,000 pengunjung banjiri Dataran Sejarah Ayer Keroh

Masa Membaca:1 Minit, 20 Saat

AYER KEROH 31 Ogos – Meskipun tiada perarakan, sambutan Hari Kebangsaan ke-65 Peringkat Negeri Melaka 2022 di Dataran Sejarah Ayer Keroh, di sini, tetap meriah dengan dihadiri lebih 10,000 pengunjung.

Sambutan berkenaan diserikan dengan kehadiran Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia Mohd Ali Rustam bersama isteri Toh Puan Asmah Abd Rahman.

Kehadiran beliau kira-kira jam 8.30 pagi itu disambut Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali bersama isteri Datin Seri Utama Munirah M. Yusop.

photo_6086978349864955752_y
PERSEMBAHAN sempena Sambutan Hari Kebangsaan 2022 Peringkat Negeri Melaka Di Dataran Sejarah Ayer Keroh. Foto Iqmal Haqim Rosman

Sambutan Hari Kebangsaan dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan Melaka Maju Jaya oleh Pancaragam Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Sejurus kemudian Tun Mohd Ali melakukan pemeriksaan kawalan kehormatan utama yang dilakukan membabitkan pegawai dan anggota ATM.

Turut diadakan upacara menaikkan Jalur Gemilang diiringi lagu Negaraku, diikuti bacaan ikrar Rukun Negara serta laungan merdeka sebanyak tujuh kali oleh ketua pembaca ikrar bersama orang ramai yang hadir.

photo_6086978349864955756_y
PERSEMBAHAN sempena Sambutan Hari Kebangsaan 2022 Peringkat Negeri Melaka Di Dataran Sejarah Ayer Keroh. Foto Iqmal Haqim Rosman

Pelbagai persembahan kebudayaan diadakan bagi memeriahkan suasana sambutan dan meraikan pengunjung yang hadir.

Hadir sama Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Wira Ibrahim Durum; Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Wira Zaidi Johari; Exco Kanan Pelaburan, Perindustrian, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh; Exco Perpaduan, Hubungan Masyarakat, Tenaga Kerja dan Hal Ehwal Pengguna, Ngwe Hee Sem dan lain-lain kenamaan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1635
Kongsi :
Previous post Pasangan kekasih mengaku tidak bersalah larikan bayi dari rumah pengasuh
Next post Hari Kebangsaan 2022: Keluarga Malaysia serlah semangat Teguh Bersama
Ubah saiz-+=