
11 mati lemas dihanyutkan ombak besar di laut Indonesia
JAKARTA, 13 Feb – Sebelas orang maut selepas dihanyutkan ombak besar ke laut dari pantai selatan wilayah Jawa Timur Indonesia pada Ahad, lapor Agensi Berita Xinhua memetik seorang pegawai pengurusan bencana tempatan.
Kemalangan berlaku kira-kira 12:25 pagi waktu tempatan, Ahad, ketika 23 individu sedang melakukan upacara adat di pantai Payangan di daerah Jember, kata Ketua Unit Operasi Badan Pengurusan dan Mitigasi Bencana Jawa Timur Budi Santosa.
“Tiba-tiba, ombak besar datang dan menghanyutkan mereka ke laut. Kejadian berlaku di pantai selatan pulau Jawa, dan ombaknya sangat besar. Mereka sebelumnya telah dilarang melakukan aktiviti sedemikian,” katanya kepada Xinhua melalui telefon.
Dua belas yang lain terselamat daripada kejadian itu, tambahnya.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MELAKA KOMITED CAPAI SASARAN 300 MEGAWATT TENAGA BOLEH BAHARU
GADEK 24 Julai - Melaka mencatatkan perkembangan positif dalam usaha mencapai kapasiti tenaga boleh baharu sebanyak 300 Megawatt (MW), kata...
PPSPM SASAR 9,000 MURID SERTAI LAWATAN PENDIDIKAN MELAKA RIVER CRUISE
BANDARAYA MELAKA 24 Julai - Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) menyasarkan sehingga 9,000 orang murid akan menyertai siri...
E-MEL RAKYAT PLATFORM PENGHUBUNG SEKOLAH, MURID DAN IBU BAPA
AYER KEROH 24 Julai - Inisiatif E-Mel Rakyat oleh Kerajaan Negeri disambut baik oleh warga pendidik kerana platform itu dilihat...
URUSAN DI SMK GHAFAR BABA KINI GUNA E-MEL RAKYAT MELAKA
AYER KEROH 24 Julai - Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ghafar Baba, Masjid Tanah kini memanfaatkan sepenuhnya platform E-Mel Rakyat bagi...
MELAKA SASAR 250,000 PENGGUNA E-MEL RAKYAT TAHUN INI
AYER KEROH 24 Julai - Kerajaan Negeri menyasarkan seramai 250,000 rakyat Melaka mendaftar E-Mel Rakyat menggunakan domain @melaka.my menjelang akhir...
PPSPM CIPTA REKOD KUIH KERIA TERBANYAK, KONDA KONDI TERBESAR
BANDARAYA MELAKA 23 Julai - Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) mencipta sejarah tersendiri dalam industri pelancongan negeri apabila...
