
12 wanita antara 18 ditahan, disyaki terbabit sindiket pinjaman wang tanpa lesen
SHAH ALAM, 12 Mac – Polis Selangor menahan 18 individu warga tempatan termasuk 12 wanita disyaki terlibat dalam sindiket pinjamanan wang tanpa lesen dalam serbuan di sebuah premis di Kajang dekat sini, Khamis lepas.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Selangor ACP Azman Ali berkata bertindak atas maklumat, pihaknya telah menyerbu sebuah premis di Jalan Pasir Emas, Sungai Chua, Kajang pada 10.20 pagi dan bertindak menahan kesemua individu yang berumur lingkungan 18 hingga 52 tahun itu.
Azman berkata sindiket tersebut dipercayai telah beroperasi sejak enam bulan lepas.
“Hasil pemeriksaan, pihak kami turut merampas dokumen dan barangan antaranya komputer; fail mengandungi dokumen peminjam; kad ATM pelbagai bank dan wang tunai berjumlah RM21,598,” katanya dalam kenyataan.
Azman berkata siasatan dijalankan di bawah Seksyen 5 (2) Akta Pemberi Pinjaman Wang 1951 yang membawa hukuman denda tidak kurang RM250,000 dan tidak melebihi RM1 juta atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
13 PENYANDANG BN DIBERI KEPERCAYAAN PERTAHAN KERUSI
AYER KEROH 24 Oktober – Seramai 13 penyandang Barisan Nasional (BN) dikekalkan sebagai calon bagi mempertahankan kerusi masing-masing pada Pilihan...
PRN MELAKA: BN HANTAR 3 CALON WANITA
AYER KEROH 24 Oktober – Faktor usia tidak menghalang Datuk Tuminah Kadi DUN Pantai Kundor, Datuk Khaidhirah Abu Zahar DUN...
PRN MELAKA: BN PERUNTUK 7 KERUSI DUN BUAT RAKAN STRATEGIK
AYER KEROH 24 Oktober - Barisan Nasional (BN) memperuntukkan sebanyak tujuh kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) kepada calon daripada parti...
PRN MELAKA: BN PERTARUH SITI AISYAH DI DUN PENGKALAN BATU
AYER KEROH 24 Oktober - Siti Aisyah Mahmood diumumkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan...
PRN MELAKA : JEZLEE SAHUT CABARAN PERTAMA DI DUN SUNGAI RAMBAI
AYER KEROH 24 Oktober - Jezlee Pit diumumkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rambai...
PRN MELAKA: KHAIDHIRAH KEMBALI DIBERI KEPERCAYAAN TANDINGI DUN RIM
AYER KEROH 24 Oktober - Datuk Khaidhirah Abu Zahar diumumkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN)...
