PRN MELAKA: BN PERUNTUK 7 KERUSI DUN BUAT RAKAN STRATEGIK

Masa Membaca:35 Saat

AYER KEROH 24 Oktober – Barisan Nasional (BN) memperuntukkan sebanyak tujuh kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) kepada calon daripada parti rakan strategik gabungan itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16.

Daripada jumlah peruntukan kerusi tersebut, calon daripada parti rakan strategik terdiri daripada DUN Paya Rumput, DUN Hang Tuah Jaya, DUN Bukit Katil, DUN Ayer Keroh, DUN Kesidang, DUN Kota Laksamana dan DUN Banda Hilir.

Pengumuman senarai calon berkenaan dibuat pada Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya dan Pengenalan Calon Barisan Nasional Negeri Melaka di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), di sini, hari ini.

PRN Melaka dijadual berlangsung pada 14 November ini, manakala penamaan calon ditetapkan pada 31 Oktober.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

431
Kongsi :
Previous post PRN MELAKA: BN PERTARUH SITI AISYAH DI DUN PENGKALAN BATU
Next post PRN MELAKA: BN HANTAR 3 CALON WANITA