Sorting by

×

129 KONTINJEN AGENSI AGAMA WAKILI MELAKA DI IJPAM 2025

Masa Membaca:58 Saat

AYER KEROH 12 September – Seramai 129 peserta mewakili agensi agama negeri membawa cabaran Melaka pada Kejohanan Sukan Ijtimak Perdana Agensi Agama Seluruh Malaysia (IJPAM) 2025 yang berlangsung di Skudai, Johor.

Setiausaha Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) Shaifulfazlee Mohamad berkata, pada kejohanan yang berlangsung selama enam hari bermula 8 hingga 13 September itu, kontinjen Melaka menyertai sebanyak 15 acara sukan.

Beliau berkata, kontinjen Melaka yang diketuai Datuk Wira Md Rawi Mahmud itu diwakili peserta daripada MAIM, Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM), Jabatan Mufti Negeri Melaka, Mahkamah Syariah Negeri Melaka dan Zakat Melaka.

“Pada kejohanan tahun ini, Melaka menghantar 129 peserta termasuk 58 wanita yang akan mengambil bahagian dalam 15 kategori sukan antaranya bola sepak, badminton, bola jaring, ping pong dan sepak takraw.

“Majlis pelepasan kontinjen baru-baru disempurnakan oleh Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri merangkap Timbalan Pengerusi MAIM Datuk Rahmad Mariman.

“Ini adalah kejohanan dwitahunan sudah pasti atlet yang mewakili Melaka akan memberikan yang terbaik hasil daripada persiapan dilakukan,” katanya.

Menurutnya, penyertaan tersebut bukan sahaja sebagai medan memperkukuhkan kesatuan agensi agama tetapi juga sebagai platform memupuk semangat kesukanan dan kerjasama antara negeri.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

505
Kongsi :
Previous post MENARA TAMING SARI TINGKAT ASPEK KESELAMATAN, SIAP SEDIA HADAPI WTD 2025
Next post KETUA MENTERI BERI SUNTIKAN SEMANGAT KEPADA ADIK SOFIA