
LELAKI PUKUL ISTERI HAMIL DIREMAN EMPAT HARI
Perintah reman bermula hari ini hingga Isnin itu dikeluarkan Majistret Uthman Abd Ghani untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda hingga RM2,000 atau kedua-duanya, dan Seksyen 18(A) Akta Keganasan Rumah Tangga 1994.
Semalam, polis berjaya menahan lelaki itu yang juga seorang penghantar makanan kerana didakwa memukul isterinya yang sedang hamil di sebuah rumah di Taman Seri Kemendor, Jasin.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Christopher Patit dilaporkan berkata suspek berusia 22 tahun itu ditahan oleh sepasukan pegawai anggota polis dari Unit D8 dan D11, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka kira-kira 11 pagi. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
PENGGAL KE-16: MELAKA MAHU SEKOLAH LEBIH BAIK, PENDIDIKAN LEBIH BERKUALITI
KLEBANG 23 November - Penambahbaikan infrastruktur sekolah dan kaedah pembelajaran antara aspek yang akan terus diberikan perhatian Kerajaan Negeri dalam...
JANGAN LUPA JASA GURU, TOK RAUF TITIP PESANAN BUAT CALON SPM MELAKA
KLEBANG 23 November - Di sebalik usaha memburu kecemerlangan dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), calon diingatkan agar tidak melupakan...
MESYUARAT EXCO PERTAMA: MELAKA MULAKAN LANGKAH JANJI MANIFESTO 100 HARI
KLEBANG 23 November - Pelaksanaan manifesto pilihan raya bakal menjadi antara keutamaan pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka apabila barisan Exco akan...
SPM 2026: MELAKA SASAR GRED PURATA NEGERI, PERATUS LAYAK SIJIL MENINGKAT
KLEBANG 23 November - Melaka menyasarkan Gred Purata Negeri (GPN) Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2026 pada 4.17 mata berbanding 4.26...
TIMBALAN EXCO PERKUKUH JENTERA PENTADBIRAN MELAKA, KHIDMAT RAKYAT JADI KEUTAMAAN
KLEBANG 23 November - Pelantikan Timbalan Exco dalam pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka bukan perkara baharu, sebaliknya struktur itu sudah dilaksanakan...
13,372 CALON DUDUKI SPM 2026 DI MELAKA
KLEBANG 23 November - Seramai 13,372 calon berdaftar menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2026 di 102 pusat peperiksaan seluruh...

