
PENJAWAT AWAM RUGI RM160,000 TERPERDAYA SKIM PELABURAN TIDAK WUJUD
Ketua Polis Daerah Maran Superintenden Wong Kim Wai berkata suspek menawarkan peluang pelaburan selepas sebulan berkenalan menerusi Facebook dan mendakwa dirinya mampu membantu dalam urusan pengeluaran keuntungan.
“Pada peringkat awal, mangsa menerima pulangan RM2,000 sebelum suspek terus meminta bayaran tambahan termasuk RM57,000 dan RM10,000 dengan pelbagai alasan tanpa sebarang pulangan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Wong berkata mangsa yang menggunakan wang simpanan dan pinjaman daripada ahli keluarga serta bank telah melakukan lapan transaksi ke lima akaun syarikat dari 12 Feb hingga 4 Mac.
“Sepanjang tempoh itu, mangsa hanya berhubung dengan suspek melalui WhatsApp dan panggilan video selain nombor kad pengenalan diberikan wanita itu disyaki palsu,” katanya.
Wong berkata usaha mengesan suspek sedang dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.
Beliau menasihatkan orang ramai sentiasa berwaspada terhadap kenalan dalam talian yang menawarkan pelaburan dengan pulangan lumayan dalam masa singkat.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MELAKA ANGKAT KOPERASI KE ARUS PERDANA, BUKAN LAGI EKONOMI KELAS KEDUA
BANDA HILIR 8 Oktober - Dengan keanggotaan melebihi 177,000 orang, gerakan koperasi di Melaka terus diperkasa sebagai antara pemacu ekonomi...
JEREBU: SEMUA SEKOLAH DI MELAKA DITUTUP ESOK
AYER KEROH 8 Oktober - Semua sekolah di seluruh Melaka akan ditutup esok (9 Oktober) susulan peningkatan bacaan Indeks Pencemaran...
MeSRA: MELAKA BINA EKOSISTEM EKONOMI, CIPTA PELUANG UNTUK RAKYAT
AYER KEROH 8 Oktober - Melaka memperkukuh ekosistem ekonominya dengan tidak hanya memberi tumpuan kepada kemasukan pelaburan, sebaliknya memperkemas pengurusan...
KPDN MELAKA TUMPAS 12 KES SELEWENG MINYAK MASAK SUBSIDI
PAYA RUMPUT 8 Oktober - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Melaka berjaya menumpaskan 18 kes berkaitan...
PRN MELAKA: PENIAGA IDAM EKOSISTEM PERNIAGAAN LEBIH BAIK
AYER KEROH 8 Oktober - Kos operasi yang lebih terkawal, peluang perniagaan yang lebih luas dan sokongan berterusan kepada usahawan...
MeSRa: MELAKA PERKASA WANITA, KUATKAN KELUARGA, BINA KOMUNITI
AYER KEROH 8 Oktober - Pembangunan wanita bukan sekadar membuka peluang ekonomi, sebaliknya menjadi antara asas kepada pengukuhan keluarga dan...
