17 das tembakan meriam buka tirai Istiadat Penganugerahan Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Melaka 2022

Masa Membaca:1 Minit, 1 Saat

SERI NEGERI 24 Ogos – Sebanyak 17 das tembakan meriam membuka tirai Istiadat Penganugerahan Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka Sempena Sambutan Hari Jadi Yang di-Pertua Negeri ke-73 Tahun 2022.

Terdahulu, istiadat bagi sesi pertama itu dimulakan dengan ketibaan Tun Mohd Ali kira-kira jam 8.48 pagi yang disambut Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali dan barisan kepimpinan kerajaan negeri.

Majlis diteruskan dengan tabik hormat dan pemeriksaan perbarisan serta kawalan kehormatan oleh Tun Mohd Ali.

Seramai 103 pegawai lain-lain pangkat diiringi tiga pegawai Batalion Kelima Belas Askar Melayu Diraja (RAMD), Kem Senawang, Negeri Sembilan yang diketuai Mejar Ahmad Asmawi Rosli terlibat pada perbarisan kali ini.

Perbarisan itu ia turut disertai Pegawai Panji-Panji, Leftenan Mohd Amir Shuhaimi, Sarjan Mejar Rejimen Kawalan Kehormatan, Pegawai Waran 1, Zazulamin Zulkifli.

Sementara itu, barisan Pancaragam Rejimen Kedua Kor Armor Diraja pula diketuai Drum Major Sarjan Mohd Som Dali Ibrahim Yaakob.

photo1661304231

Istiadat Penganugerahan itu akan berlangsung dalam tiga sesi bermula hari ini dan Sabtu.

Antara penerima utama dalam istiadat berkenaan adalah Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan menerima Darjah Utama Negeri Melaka (D.U.N.M) yang membawa gelaran Datuk Seri Utama.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1693
Kongsi :
Previous post Duit simpanan jurutera RM261,000 lebur selepas terpedaya pelaburan kupon tidak wujud
Next post PM Ismail Sabri ketuai penerima Darjah Kebesaran Melaka
Ubah saiz-+=