PM Ismail Sabri ketuai penerima Darjah Kebesaran Melaka

Masa Membaca:2 Minit, 34 Saat

SERI NEGERI 24 Ogos – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mendahului 883 individu menerima Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka 2022 sempena Sambutan Hari Jadi Ke-73 Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia Dr Mohd Ali Mohd Rustam.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Wira Zaidi Johari dalam satu kenyataan memaklumkan Ismail Sabri bakal menerima Darjah Utama Negeri Melaka (D.U.N.M) yang membawa gelaran Datuk Seri Utama.

Selain itu, Melaka turut menganugerahkan Darjah Gemilang Seri Melaka (D.G.S.M) membawa gelaran Datuk Seri kepada dua penerima iaitu Menteri Pertahanan Indonesia Datuk Seri Probowo Subianto dan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay.

Darjah Cemerlang Seri Melaka (D.C.S.M) yang membawa gelaran Datuk Wira pula dianugerahkan kepada 26 penerima.

Ia didahului Zaidi selaku Setiausaha Kerajaan Negeri, diikuti Ketua Pegawai Eksekutif Tenaga Nasional Berhad (TNB), Datuk Wira Baharin Din; Setiausaha Khas kepada TYT Di Pertua Negeri Melaka, Datuk Nur Azmi Ahmad; Pengarah Pengurusan Polis Diraja Malaysia Bukit Aman, Datuk Zaini Jass; Ketua Umum Dewan Masjid Indonesia, Dr. Syafruddin Kambo dan Setiausaha Politik kepada Presiden UMNO, Datuk Abdul Halim Mohammad.

Seterusnya seramai sembilan individu pula menerima Darjah Mulia Seri Melaka (D.M.S.M) dan 163 penerima Darjah Pangkuan Seri Melaka (D.P.S.M) yang membawa gelaran Datuk.

Antara penerima D.M.S.M adalah Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan Malaysia, Datuk Isham Ishak; Pengerusi Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah, Dr. Omar Raisul As-Salam Syah A. S Omar dan Setiausaha Sulit Kanan kepada Menteri Sumber Manusia S. Suria Kumar.

Bagi D.P.S.M, antara penerima ialah Setiausaha Setiausaha Sulit Kanan Ketua Menteri Melaka, Borhan Othman Ali; Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Melaka, Dr Rusdi bin Abd Rahman; Ketua Pegawai Eksekutif Melaka Waterfront Economic Zone (MWEZ), Mohd Yusof Abu Bakar; Pengerusi Persatuan Bulan Sabit Merah Negeri Melaka, Ramli Mohd Ali dan Panglima 1 Briged Infantri Malaysia, Brigedier Jeneral Mohd Saifulisham Baharun.

Turut menerima D.P.S.M ialah Timbalan Ketua Setiausaha (Pelancongan) Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia, Mohd Zamri Mat Zain; Pegawai Daerah Pejabat Daerah dan Tanah Alor Gajah, Saiful Hazwa Kipli; Duta Malaysia ke Kemboja, Eldeen Husaini Mohd Hashim dan penggiat seni Suhaimi A. Rahman atau lebih dikenali sebagai Amy Search.

Pada istiadat kali ini, Tun Mohd Ali turut menganugerahkan Darjah Seri Melaka (D.S.M) kepada 41 penerima.

Bintang Gagah Perkasa (B.G.P) dianugerahkan kepada Allahyarham Mohd Diya Che Jusoh, Pegawai Bomba Kanan II yang telah terkorban semasa operasi menyelamatkan mangsa banjir di Kampung Sungai Putat pada 20 Oktober tahun lalu yang mana anugerah tersebut diwakilkan kepada balunya, Noraida Che Noh.

Selain itu, Pingat Jasa Kebaktian (P.J.K) pula diberikan kepada Azwan Omar atau dikenali sebagai Abang Viva di atas jasanya membantu mangsa bencana banjir.

Secara keseluruhan, seramai 71 orang penerima dianugerahkan Bintang Cemerlang Melaka (B.C.M), diikuti 159 penerima Bintang Khidmat Terpuji (B.K.T), 258 penerima Pingat Jasa Kebaktian (PJK), 151 penerima Pingat Bakti Masyarakat (PBM) dan dua penerima Pingat Khidmat Lama (P.K.L).

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

3414
Kongsi :
Previous post 17 das tembakan meriam buka tirai Istiadat Penganugerahan Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Melaka 2022
Next post Tun Mohd Ali cadang Melaka tambah baik mutu pengangkutan awam
Ubah saiz-+=