17 pelajar perubatan MUCM terima TESP dari MARA

Masa Membaca:1 Minit, 8 Saat

BUKIT BARU 29 November – Seramai 17 pelajar menerima Anugerah Surat Kelulusan Program Penajaan Pengajian Tertiari (TESP) Kolej Universiti Manipal Malaysia (MUCM) kemasukan Oktober 2022, hari ini.

Anugerah terbabit disampaikan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Pendidikan) MARA, Razlan Samsuri.

Rata-rata pelajar yang menerima anugerah terbabit menyatakan rasa bersyukur dengan penerimaan penajaan dari Majlis Amanah Rakyat (MARA) .

Naib Canselor MUCM, Prof. Dr Patrick Kee Peng Kong berkata, kerjasama terbabit mampu membantu MUCM melahirkan lebih ramai golongan profesional dalam kalangan bumiputera khusus dalam kalangan B40.

Jelasnya, kesemua mereka yang menerima anugerah penajaan tersebut dari pelbagai bidang perubatan dan pergigian.

“Inisiatif gabungan Yayasan Angkasawan Negara bersama MARA ini merealisasikan impian, cita-cita dan matlamat mereka yang terpilih untuk menjadi seorang doktor dalam bidang perubatan ataupun pergigian.

“Setakat ini, seramai 5,721 alumni telah lahir dari MUCM sejak penubuhannya, termasuk angkasawan negara merangkap Presiden YAN, Datuk Dr, Sheikh Muzaphar Shukor.

C3F727EE-75DE-4BEE-A9D0-0515B817DC24
Naib Canselor Manipal University College Malaysia (MUCM), Prof Dr Patrick Kee . Foto Iqmal Haqim Rosman

“Di MUCM, dengan penajaan MARA, seramai 695 alumni MUCM di mana 548 dari jumlah terbabit adalah doktor perubatan dan 147 dari jumlah itu adalah doktor pergigian,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis Promosi Program 1 Keluarga 1 Profesional di MUCM, di sini hari ini.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

5403
Kongsi :
Previous post Yayasan Angkasawan Negara sasar 300 pelajar B40 jadi doktor perubatan
Next post Gagal tawaran universiti awam tidak henti cita-cita bergelar doktor
Ubah saiz-+=