Gagal tawaran universiti awam tidak henti cita-cita bergelar doktor

Masa Membaca:1 Minit, 17 Saat

BUKIT BARU 29 November – “Rezeki tidak salah alamat,” itu antara luahan Faziatul Dayana Shahrudin, yang menjadi antara 17 penerima Anugerah Surat Kelulusan Program Penajaan Pengajian Tertiari (TESP) MUCM Oktober 2022.

Dia berkata, sebelum ini  pernah memohon untuk menyambung pelajaran dalam bidang perubatan di universiti awam, namun rezeki tidak menyebelahinya.

Jelasnya, kekecewaan itu bagaimanapun tidak berpanjangan sebelum dia menerima panggilan daripada Kolej Universiti Manipal Malaysia (MUCM).

“Saya memang ada mohon di MUCM, meskipun tidak ke IPTA, saya bersyukur kerana dapat menyambung pengajian di MUCM dengan tajaan dari MARA (Majlis Amanah Rakyat).

“Ia memang sangat meringankan bebanan ayah yang hanya kini pesara tentera dan ibu sebagai suri rumah.

“Memang cita-cita saya untuk menjadi seorang doktor sekaligus menyahut saranan 1 Keluarga 1 Profesional, di mana dalam lima beradik saya, tiada seorang pun bekerja dalam bidang profesional,” katanya ketika ditemui hari ini.

20A057FE-2D27-4A7A-8F4B-7D9EEEBCC135
Pelajar, Nur Qaisara Azfar Azrul Effendi, 21. Foto Iqmal Haqim Rosman

Nada sama turut disuarakan seorang lagi penerima anugerah tajaan terbabit, Nur Qaisara Azfar Azrul Effendi, 19, yang menyatakan pinjaman pelajaran dan tajaan kos sara hidup dari MARA benar-benar meringankan beban pelajar perubatan sepertinya.

“Kita tahu belajar dalam bidang perubatan ini memang melibatkan kos yang tinggi, jadi dengan adanya program dan TESP ini memang membantu meringankan bebanan keluarga untuk menanggung pelajar seperti kami.

“Semoga dengan pinjaman dan tajaan kos sara hidup dari MARA ini mampu merealisasikan impian kami pelajar perubatan untuk bergelar golongan profesional satu masa nanti, ” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2476
Kongsi :
Previous post 17 pelajar perubatan MUCM terima TESP dari MARA
Next post Pemasangan ‘smart meter’ di Melaka sudah capai 92 peratus – TNB
Ubah saiz-+=