Sorting by

×

190 PUSAT KOMUNITI DESA DIAKTIFKAN BERSAMA ‘NADI’

Masa Membaca:1 Minit, 15 Saat

TELOK MAS 8 Mei – Sebanyak 190 Pusat Komuniti Desa (PKD) di seluruh negara bakal diaktifkan untuk berfungsi menjadi seakan-akan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI).

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata, perkara itu antara yang dibincang dan dimohon Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), baru-baru ini untuk menyelaraskan semula PKD agar memberi manfaat kepada penduduk luar bandar.

Jelas beliau, ia sekali gus bakal menjadi fokus bagi fasa kedua setelah membangunkan sebanyak 1,099 NADI di seluruh negara dengan yang terbaharu sedang dibangunkan adalah di Parlimen Sepanggar, Sabah.

“Jadi, kita akan melihat pada fasa seterusnya ini bagaimana untuk kita selaras dan koordinasikan perkara ini bagi menambahkan lagi peluang untuk rakyat memanfaatkan program-program yang ada di NADI,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas hadir ke Hari Bersama Komuniti: Perasmian NADI Taman Seri Telok Mas dan Penyerahan Watikah Pengerusi Panel Penasihat NADI Negeri Melaka di NADI Taman Seri Telok Mas, di sini, hari ini.

Hadir sama, Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Adam Adli Abd Halim; Ahli Parlimen Kota Melaka Khoo Poay Tiong; Timbalan Ketua Setiausaha (Komunikasi Strategik dan Industri Kreatif) Kementerian Komunikasi, Nik Kamaruzaman Nik Husin dan Pengarah Urusan MCMC, Abdul Karim Fakir Ali.

Menurut Fahmi, NADI kini telah diperluaskan bukan hanya di dalam premis tetapi juga di luar premis menerusi inisiatif NADI On Wheels.

Jelas beliau, inisiatif itu dilakukan bagi memberi peluang kepada lebih ramai komuniti mendapatkan manfaatnya menerusi pelaksanaan pelbagai program bermanfaat, antaranya berbentuk pendidikan dan pendedahan mengenai kecerdasan buatan (AI).

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

85
Kongsi :
Previous post PELAJAR KOLEJ KOMUNITI JASIN TEROKA DUNIA LOGISTIK