
1,958 mangsa banjir di Tenom, Beaufort dipindahkan ke PPS
KOTA KINABALU, 12 Mei – Sebanyak 1,958 mangsa daripada 733 keluarga yang terjejas akibat banjir di Tenom dan Beaufort ditempatkan di 17 pusat pemindahan sementara (PPS).
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah dalam kenyataan memaklumkan, PPS yang beroperasi ialah dua di Beaufort iaitu Dewan Selagon yang menempatkan 218 mangsa dan Dewan DSP DUN Banir (132 mangsa).
“Sebanyak 15 lagi PPS telah dibuka di Tenom iaitu Dewan Kebudayaan Mandalom Lama (164), Rumah Kebudayaan Ponontomon (209), Dewan Mini Jinuim Jimin (139), Sekolah Kebangsaan (SK) Mandalom (97), Dewan Labut 2 (134), Dewan Masyarakat Sri Antenom (103), Rumah Kebudayaan Batu-Batu (123) dan Rumah Kebudayaan Pantagon Saga yang menempatkan 47 mangsa.
“Selain itu, Rumah Kebudayaan Maugus yang menempatkan 231 mangsa, Rumah Kebudayaan Angalor (91), Dewan Kampung Kalang Kanar (24), Rumah Kebudayaan Kalasasan (77), Dewan Terbuka Kampung Saga (22), Rumah Kebudayaan Makakagas (55), dan Rumah Kebudayaan Belumbung Kemabong yang menempatkan 92 mangsa,” menurut kenyataan itu.
Sebanyak 22 kampung terjejas akibat banjir di Tenom dan 56 kampung di Beaufort susulan hujan lebat berterusan sejak tiga hari lepas.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
11,037 KES MAHKAMAH SYARIAH MELAKA SELESAI, BUKTI KEADILAN SEMAKIN CEKAP
AYER KEROH 20 Ogos - Sebanyak 11,037 daripada 13,424 kes Mal (sivil) dan jenayah berjaya diselesaikan Mahkamah Syariah Negeri Melaka...
256 PROJEK INFRA RAKYAT MENDAHULUI JADUAL – AHMAD
SERI NEGERI 20 Ogos - Sebanyak 256 daripada 871 projek infrastruktur rakyat yang kini dalam pembinaan berada pada prestasi mendahului...
LIMA KENDURI RAKYAT WARNAI WRUR AYER LIMAU
AYER LIMAU 20 Ogos - Lima kenduri rakyat bakal menjadi antara pengisian utama Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan...
TOK AJAK ‘HIDUPKAN’ BELIA DAN SUKAN TELOK MAS
TELOK MAS 20 Ogos – Pembangunan fasiliti sukan untuk golongan belia di Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas terus diperkasa...
MPV DIHEMPAP POKOK TUMBANG: ENAM TERMASUK KANAK-KANAK TERSELAMAT
JASIN 20 Ogos - Enam individu termasuk dua kanak-kanak terselamat apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki mereka dihempap pokok tumbang...
LAMPU SOLAR TERANGI LOKASI GELAP DUN KUALA LINGGI
KUALA LINGGI 20 Ogos - Pemasangan lampu solar di lokasi gelap dan laluan berisiko berlaku kemalangan antara usaha berterusan dilaksanakan...
