Sorting by

×

200 PASUKAN BAKAL MERIAHKAN HARI INOVASI KEBANGSAAN @ MELAKA 2026

Masa Membaca:1 Minit, 10 Saat

AYER KEROH 12 Julai – Hari Inovasi Kebangsaan @ Melaka 2026 yang dijadual berlangsung pada Ogos depan di Universiti Multimedia (MMU) mendapat sambutan menggalakkan apabila kuota penyertaan penuh dengan 200 penyertaan diterima setakat ini.

Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri, Datuk Fairul Nizam Roslan berkata, penganjuran kali ketiga itu bakal menghimpunkan penjawat awam, warga pendidik, pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) dan sekolah selain wakil sektor swasta bagi mengetengahkan idea serta penyelesaian inovatif yang mampu memberi impak kepada pembangunan negeri.

Fairul Nizam berkata, Hari Inovasi Kebangsaan @ Melaka 2026 yang bertemakan Warga Digital, Nadi Generasi Inovatif itu masih mengekalkan kategori sama seperti tahun sebelum.

“Tahun ini MMU dipilih sebagai tuan rumah dan sememangnya pelaksanaan dilakukan secara penggiliran setiap tahun antara universiti.

“Tahun ini kita menerima sebanyak 200 penyertaan dan kuota itu sudah pun penuh yang mana setiap penyertaan disertai tiga individu ini menjadikan keseluruhan peserta seramai 600 orang,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Menurut Fairul Nizam, selaras dengan perkembangan teknologi digital, penganjuran tahun ini turut dilaksanakan secara hibrid bagi memudahkan penyertaan peserta dari luar negara.

“Pendekatan ini bukan sahaja memperluaskan jaringan kerjasama dalam bidang inovasi malah memberi peluang kepada peserta tempatan berkongsi idea serta bertukar pandangan dengan komuniti inovasi di peringkat antarabangsa.

“Setiap tahun sambutan diterima amat menggalakkan, justeru itu kita akan meneliti ruang untuk menambah kapasiti penyertaan agar lebih banyak penyertaan dibuat pada tahun hadapan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

456
Kongsi :
Previous post TOK RAUF MAHU KEBAJIKAN, KESELESAAN MANGSA BANJIR DIUTAMAKAN
Next post BULATAN SOLOK DUKU LANCARKAN ALIRAN TRAFIK, TAK PERLU LAGI BERBARIS PANJANG