Sorting by

×

TOK RAUF MAHU KEBAJIKAN, KESELESAAN MANGSA BANJIR DIUTAMAKAN

Masa Membaca:1 Minit, 19 Saat

PAYA RUMPUT 12 Julai – Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh mahu aspek kebajikan mangsa banjir ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) seluruh negeri ini diberikan perhatian serius oleh agensi serta jabatan berkenaan.

Ab Rauf berkata, sehubungan itu semua agensi berkaitan diminta untuk menguruskan keperluan bagi menjamin keselesaan mangsa banjir sepanjang tempoh mereka ditempatkan di PPS.

“Segala kebajikan mangsa di PPS akan diuruskan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sementara menunggu air surut. Kita berharap jika berlaku hujan ia bukan pada taburan luar biasa agar mangsa dapat pulang ke rumah dan menjalani kehidupan seperti biasa.

“Bantuan segera kepada mangsa yang terjejas turut diselaraskan oleh Pejabat Daerah dan akan disalurkan oleh kerajaan negeri,” katanya pada sidang media selepas melawat mangsa banjir di PPS Sekolah Kebangsaan (SK)  Tanjung Minyak 2, hari ini.

Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Wira Azhar Arshad; Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri Datuk Rais Yasin; Pegawai Daerah Melaka Tengah Mohd Shaiful Hizam Johan serta Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) Datuk Shadan Othman.

Yang turut hadir Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Melaka Halyjah Muhamad dan Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Melaka Mohd Adnan Ahmad Fauzi.

Beliau turut berterima kasih kepada semua pihak yang membantu melancarkan proses pemindahan dalam kejadian banjir semalam.

“Terima kasih kepada Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri Datuk Rais Yasin bersama agensi lain seperti Angkatan Tentera Malaysia (ATM), JKM, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang cepat bertindak untuk membantu mangsa banir,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

455
Kongsi :
Previous post MELAKA TELITI LANGKAH TERBAIK TANGANI BANJIR BERULANG – AB  RAUF  
Next post 200 PASUKAN BAKAL MERIAHKAN HARI INOVASI KEBANGSAAN @ MELAKA 2026