
21 DEWAN SEKOLAH SIAP DIBINA – EXCO
SERI NEGERI 23 Julai – Usaha Kerajaan Negeri untuk mewujudkan suasana kondusif dan selesa di sekolah turut melibatkan pembinaan sebanyak 21 dewan terbuka.
Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman berkata, jumlah itu direkodkan berdasarkan kepada 58 permohonan yang diterima bagi pembinaan dewan sekolah di negeri ini.
“Kita menerima permohonan yang tinggi daripada pihak sekolah, di Melaka sahaja terdapat lebih 400 buah sekolah. Namun kita telah tetapkan beberapa kriteria utama sebagai penentu kelulusan.
“Antaranya, keutamaan diberi kepada sekolah dua sesi, mempunyai jumlah murid melebihi 750 orang, tidak mempunyai dewan tertutup sedia ada dan mempunyai ruang tanah mencukupi untuk pembinaan dewan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Datuk Khaidhirah Abu Zahar (BN-Rim) pada Persidangan Kedua Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka Kelima Belas, di Seri Negeri, di sini, hari ini.
Katanya lagi, daripada lebih 80 permohonan yang telah dikemukakan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), hanya 58 daripadanya diluluskan selepas disaring berdasarkan kriteria tersebut.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
‘DAK RAOP’ TAK LUPA KAWAN LAMA
TANJUNG BIDARA 22 Mac - Riak wajah ceria jelas terpancar pada wajah Ab khalim Baba, 60, sebaik melihat kelibat Ketua...
PAYA RUMPUT BUKA TIRAI RUMAH TERBUKA AIDILFITRI MELAKA 2026
PAYA RUMPUT 21 Mac - Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput tahun ini akan diadakan secara sederhana...
SWM ENVIRONMENT UKIR SENYUMAN LEBARAN
TELOK MAS 21 Mac - SWM Environment Sdn Bhd (SWM Environment) terus memperkukuh menzahirkan rasa cakna terhadap insan kurang bernasib...
POLIS MELAKA TUMPASKAN SINDIKET PENIPUAN KHIDMAT SEKS DALAM TALIAN
MELAKA 21 Mac - Polis menumpaskan sindiket penipuan dalam talian dengan penahanan 15 individu termasuk warga China, di Kampung Lapan,...
SENTUHAN MPAG BAWA KECERIAAN, SINARI AIDILFITRI
TABOH NANING 21 Mac - Inisiatif kongsi rezeki daripada Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) menceriakan asnaf dari lima Dewan Undangan...
‘IDEA TOK RAOP MEMANG TERBAIK’
TANJUNGÂ BIDARA 21 Mac - Usaha berterusan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh menjaga kebajikan rakyat negeri ini...
