
‘BOT KUDA BELANG’ HIASI SUNGAI MELAKA
BANDARAYA MELAKA 21 Mac – Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) bersama Zoo Melaka berganding bahu memperkasakan sektor pelancongan negeri menerusi pelancaran bot Melaka River Cruise bermotifkan kuda belang.
Bahagian Jualan dan Pemasaran Zoo Melaka Ezuwan Mazelan berkata, inisiatif itu bertujuan menarik lebih ramai pelancong berkunjung ke dua destinasi popular itu.
βIni merupakan salah satu tarikan terbaharu oleh Zoo Melaka dan PPSPM bagi mempromosikan dua produk pelancongan ikonik Melaka ini.
βIstimewanya, pelancong dan pengunjung yang menaiki bot ini di Melaka River Cruise berpeluang menikmati tawaran diskaun 10 peratus untuk satu tiket masuk Zoo Melaka,β katanya kepada Melaka Hari Ini ketika pelancaran bot bertemakan zoo di Jeti Taman Rempah, di sini, pada Khamis.
Terdahulu, pelancaran bot berkenaan turut dihadiri Pengurus Besar Perbadanan Ketua Menteri Melaka (CMI), Datuk Ahmad Azlan Ahmad Salleh dan wakil agensi serta lain-lain kenamaan.
Menurutnya, untuk mendapatkan diskaun Zoo Melaka, pengunjung hanya perlu bergambar bersama bot kuda belang berkenaan dan kemudian memuat naik gambar di media sosial serta menghantar bukti penyertaan melalui kod QR peraduan.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MELAKA ANGKAT KOPERASI KE ARUS PERDANA, BUKAN LAGI EKONOMI KELAS KEDUA
BANDA HILIR 8 Oktober - Dengan keanggotaan melebihi 177,000 orang, gerakan koperasi di Melaka terus diperkasa sebagai antara pemacu ekonomi...
JEREBU: SEMUA SEKOLAH DI MELAKA DITUTUP ESOK
AYER KEROH 8 Oktober - Semua sekolah di seluruh Melaka akan ditutup esok (9 Oktober) susulan peningkatan bacaan Indeks Pencemaran...
MeSRA: MELAKA BINA EKOSISTEM EKONOMI, CIPTA PELUANG UNTUK RAKYAT
AYER KEROH 8 Oktober - Melaka memperkukuh ekosistem ekonominya dengan tidak hanya memberi tumpuan kepada kemasukan pelaburan, sebaliknya memperkemas pengurusan...
KPDN MELAKA TUMPAS 12 KES SELEWENG MINYAK MASAK SUBSIDI
PAYA RUMPUT 8 Oktober - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Melaka berjaya menumpaskan 18 kes berkaitan...
PRN MELAKA: PENIAGA IDAM EKOSISTEM PERNIAGAAN LEBIH BAIK
AYER KEROH 8 Oktober - Kos operasi yang lebih terkawal, peluang perniagaan yang lebih luas dan sokongan berterusan kepada usahawan...
MeSRa: MELAKA PERKASA WANITA, KUATKAN KELUARGA, BINA KOMUNITI
AYER KEROH 8 Oktober - Pembangunan wanita bukan sekadar membuka peluang ekonomi, sebaliknya menjadi antara asas kepada pengukuhan keluarga dan...
