2,500 TOPI KELEDAR ‘LIMITED EDITION’ UNTUK PENGUJUNG BERTUAH KARNIVAL ANAK MUDA MELAKA

Masa Membaca:1 Minit, 2 Saat

GADEK 27 Ogos – Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh mempelawa orang Melaka untuk hadir bagi bersama-sama memeriahkan Karnival Anak Muda Negeri Melaka 2026 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) pada 4, 5 dan 6 September ini.

Katanya, antara tarikan sepanjang penganjuran karnival itu nanti adalah cabutan nombor bertuah sebanyak 2,500 unit topi keledar.

“Siapa cepat dia dapat. Helmet limited edition yang tak ada pada orang lain, ada satu negeri sahaja. Mana lagi? Melaka Ler!.

“Pendaftaran juga sudah dibuka dan kepada semua anak Melaka boleh berbuat demikian di Japerun Dewan Udangan Negeri (DUN) masing-masing. Boleh imbas kod QR di Japerun dan dapat sehelai t-shirt percuma,” kata Ketua Menteri

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Perasmian Penutup Bengkel Penjajaran Hala Tuju Kampung Digital Melaka di sebuah hotel, di sini, hari ini.

Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Wira Salhah Salleh; Exco Sains, Teknologi, Inivasi dan Komunikasi Digital negeri Datuk Fairul Nizam Roslan; barisan Exco, Timbalan Exco Kerajaan Negeri dan Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) Datuk Saiful Hazwa Kipli.

Antara aktiviti disusun sepanjang tiga hari karnival berlangsung adalah himpunan motosikal Melaka, Mesra TVET X Kerjaya, Townhall Orang Muda dan kursus pra perkahwinan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

412
Kongsi :
Previous post 151 MENARA MELAKA DILENGKAPI GENTIAN OPTIK SEPANJANG 200KM
Next post KAMPUNG DIGITAL: BUKTI MELAKA BERANI JADI PENCETUS PEMBAHARUAN