Sorting by

×

26 LAMPU SOLAR TERANGI TANAH PERKUBURAN, LALUAN GELAP SEKITAR DUN BEMBAN

Masa Membaca:1 Minit, 10 Saat

BEMBAN 14 April – Sebanyak 26 unit lampu solar sudah siap dipasang bagi menerangi beberapa laluan kerap berlaku kemalangan dan kawasan tanah perkuburan sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Bemban.

Penyelaras DUN Bemban Mohd Raziff Yakop berkata, pemasangan semua 26 unit lampu solar berkenaan siap dilaksanakan awal tahun lalu, sekali gus meningkatkan lagi aspek keselamatan dan memberikan lebih keselesaan kepada orang ramai.

Mengulas lanjut Mohd Raziff berkata, perolehan kemudahan itu dilaksanakan menerusi Projek Lampu Solar MADANI dan peruntukan yang disediakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Melaka.

“Menerusi Projek Lampu Solar Madani DUN Bemban menerima 15 unit lampu solar dengan kos sebanyak RM15,000. Kemudahan ini dipasang bagi menerangi kawasan tanah perkuburan dengan setiap lokasi menerima satu unit lampu solar.

“Sementara itu 11 unit lagi lampu solar dipasang JKR di laluan kerap kemalangan dan kawasan gelap termasuk dihadapan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Bemban,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Menurut Mohd Raziff, inisiatif itu diteruskan lagi sepanjang tahun ini dengan fokus utama adalah untuk menerangi laluan-laluan perhubungan antara kampung dan lokasi tumpuan awam sekitar DUN berkenaan.

“Insya-Allah DUN Bemban akan menerima tambahan 33 unit lagi lampu solar, jika semuanya berjalan mengikut perancangan lebih banyak lokasi gelap dan jalan perhubungan kampung dapat diterangi.

“Inisiatif ini bukan sahaja dapat meningkatkan keselamatan dan memberikan keselesaan kepada penduduk malah menjadi simbol pembangunan lestari di kawasan luar bandar,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

463
Kongsi :
Previous post PERTANDINGAN PIDATO RUKUN NEGARA DIPERLUASKAN KE SEMUA NEGERI
Next post BUKAN SEKADAR JAMUAN, TAPI KENANGAN RUMAH TERBUKA ‘TOK RAOP’ PALING ISTIMEWA