
30 bangsal nelayan berwajah baharu
PANTAI KUNDOR 2 Ogos – Sebanyak 30 bangsal nelayan di bawah Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Kundor berwajah baharu selepas dinaik taraf Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM).
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pantai Kundor Tuminah Kadi @ Mohd Hashim berkata, projek roboh dan bina baharu bangsal nelayan itu membabitkan peruntukan berjumlah RM169,570.
“Baru-baru ini saya telah turun padang bersama LKIM bagi melihat sendiri kerja-kerja baik pulih yang dijalankan.
“Alhamdulillah, kerja pembaikan itu telah dibuat mengikut jadual yang ditetapkan.
“Dengan pembaikan ini ia sekali gus dapat memberi manfaat kepada kira-kira 50 nelayan di kawasan ini,” katanya.
Beliau berkata selain, bangsal nelayan, pihaknya bersama LKIM Melaka kini juga sedang membuat permohonan peruntukan tambahan bagi kerja-kerja menyelenggara bumbung di lapan buah pangkalan nelayan di sekitar Pantai Kundor.
Katanya, projek selenggara bumbung itu dijangka membabitkan kos sejumlah RM16,000 dan ia akan dibawa ke dalam Mjalis Mesyuarat Kerajaan Negeri dalam masa terdekat.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
ADUAN PENGGUNA: KPDN MELAKA SIASAT DALAM 24 JAM
AYER KEROH 1 Oktober - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Melaka menyasarkan setiap aduan pengguna yang...
BELI RUMAH I-MOLEK, MENANG BESAR
AYER MOLEK 1 Oktober - Impian memiliki kediaman strategik bertukar menjadi rezeki besar buat pembeli i-Molek Rumah Bandar (Town House)...
KPDN PERKUKUH EKOSISTEM PERNIAGAAN PATUH DI MELAKA
AYER KEROH 1 Oktober - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Melaka memperkukuh agenda pematuhan peniaga dan...
MELAKA MEMBINA MASA DEPAN MARITIM LEBIH HEBAT
KUALA LINGGI 1 Oktober - Komitmen untuk memperkukuhkan lagi perkembangan industri maritim di Melaka diterjemahkan menerusi perjanjian persefahaman (MoU) yang...
‘BLACK PANTHER’ COMEL PENYERI BAHARU ZOO MELAKA
AYER KEROH 1 Oktober - Zoo Melaka terus mencatat perkembangan positif dalam usaha pemuliharaan hidupan liar apabila seekor anak harimau...
PEMERKASAAN BAKAT PROFESIONAL MARITIM, PELABURAN PENTING UNTUK MALAYSIA
KUALA LINGGI 1 Oktober - Pembangunan sumber manusia berkemahiran dan berkualiti dalam bidang maritim adalah satu bentuk pelaburan penting sebagai...

