30,000 pengunjung ‘beraya’ di Zoo Melaka

Masa Membaca:1 Minit, 5 Saat

AYER KEROH 11 Mei- Zoo Melaka terus menerima sambutan menggalakkan dari pengunjung apabila mencatatkan 30,000 pengunjung bagi tempoh sembilan hari beroperasi sepanjang cuti perayaan Hari Raya Aidilfitri.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) Datuk Shadan Othman berkata daripada jumlah itu 70 peratus pengunjung adalah pelancong dari luar Melaka.

Katanya, sambutan amat memberangsangkan lebih-lebih lagi terdapat pelbagai tarikan baharu yang dipromosikan di Zoo Melaka.

“Zoo Melaka sejak akhir-akhir ini menjadi tarikan yang amat menggalakkan apabila ramai pelancong luar yang datang ke negeri Melaka pada cuti bulan Syawal tempoh hari.

“Alhamdulillah sambutan ini agak memberangsangkan kerana sembilan cuti hari raya kita dapat 30,000 orang yang datang ke negeri Melaka,” katanya.

Beliau berkata, demikian dalam sidang media selepas meninjau tarikan baharu di Zoo Melaka hari ini.

Hadir sama, Pengarah Zoo Melaka Zanariah Khamis.

ANTARA haiwan yang menjadi tarikan pengunjung di Zoo Melaka. Foto Iqmal Haqim Rosman

Mengulas lanjut, Shadan berkata antara tarikan baharu di Zoo Melaka itu adalah Walabi atau mini kangaru, selain ‘aviary‘ burung yang menempatkan tiga spesies burung iaitu cenderawasih, red lorry dan sun conure.

Turut menjadi tarikan adalah kafe ‘wildlife‘ di Zoo Melaka yang membawa konsep hidangan ‘Shellout’ dan Char Kuew Tioy.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1226
Kongsi :
Previous post Ibarat dalam surah terakhir, status Muafakat Nasional akan dimuktamadkan – Mohamad Hasan
Next post JPJ Perlis pantau kenderaan keluar masuk sejak sempadan dibuka
Ubah saiz-+=