Sorting by

×

4,000 pembeli rumah LPPSA dapat moratorium enam bulan – Reezal

Masa Membaca:1 Minit, 27 Saat

GADEK 26 Jan – Seramai 4,000 pembeli rumah di bawah Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) seluruh negara menarik lafas lega apabila diberikan penangguhan sementara pembayaran balik pinjaman selama enam bulan.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, kementeriannya mengambil pendekatan itu bagi meringankan beban pembeli yang perlu membayar balik pinjaman meskipun kediaman mereka belum boleh diduduki.

“Hasil perbincangan bersama Kementerian Kewangan (MOF), kementerian itu bersetuju untuk memberikan moratorium selama enam bulan.

“Ada dalam kalangan mereka ini membeli rumah di bawah Perumahan Penjawan Awam Malaysia (PPAM), ada juga di bawah Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) jadi saya rangkumkan semua saya hantar surat kepada MOF untuk diberikan moratorium.

“Perkara itu kita sudah diselesaikan namun saya tidak boleh memberikan satu tarikh bila (perumahan dapat disiapkan) kerana setiap projek mempunyai tarikh berbeza-beza,” katanya pada Majlis Penyerahan Kunci Residensi PR1MA Pulau Sebang Di Dewan Serbaguna, Residensi PR1MA Pulau Sebang, di sini, hari ini.

Hadir sama, EXCO Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Zaidi Attan, EXCO Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO), VP Shanmugam dan Pengerusi PR1MA, Datuk Dr Fathul Bari Mat Jahaya.

Mengulas lanjut beliau berkata, pembiayaan LPPSA tidak seperti pimjaman menerusi mana-mana institusi kewangan yang memberikan tempoh tertentu untuk penangguhan pembayaran balik.

“Pembiayaan LPPSA tidak seperti bank yang mana potongan tidak dibuat selagi pembeli belum mendapat kunci.

“Berbeza dengan LPPSA siap atau tidak projek perumahan itu, ansuran bulanan tetap dipotong selepas 24 bulan bagi perumahan ‘landed’ manakala perumahan strata dalam tempoh 36 bulan hingga ke 60 bulan.

“Jadi, supaya mereka tidak terkesan kita hantar nama-nama spesifik pemohon di bawah LPPSA untuk diberikan peringkat permulaan (pembayaran balik) enam bulan bagi meringankan beban mereka,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1196
Kongsi :
Previous post KPKT akan batalkan tender kontraktor gagal siapkan projek PR1MA
Next post Zii Jia dedah hasrat jadi pemain profesional sejak setahun lepas
Ubah saiz-+=