41 calon SPM 2020 di Macang, positif COVID-19

Masa Membaca:58 Saat

KOTA BHARU 15 Feb. – Sembilan hari menjelang peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2020, seramai 41 calon di sebuah sekolah asrama di Machang, dekat sini, disahkan positif COVID-19.

Mengikut laporan Harian Metro semalam, semua pelajar terbabit kini ditempatkan di pusat kuarantin di Dewan Jubli Perak dan Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (PUTIK) selepas disahkan positif virus itu.

Pengarah Jabatan Kesihatan negeri Datuk Dr Zaini Hussin dilapor berkata, kes calon SPM berkenaan adalah kontak kepada Kluster Pangkal Changgong yang membabitkan tiga daerah iaitu Machang, Tanah Merah dan Pasir Puteh.

“Kita masih mengesan kontak rapat mereka yang positif bagi mengelak wabak berkenaan merebak.

“Kluster Pangkal Changgong adalah kluster membabitkan sebuah pusat pengajian di Pangkal Changgong dan tiga daerah terkesan dengan kluster itu setakat ini,” katanya.

Difahamkan, kes daripada kluster berkenaan mula dikesan pada 10 Februari lalu hasil saringan individu bergejala membabitkan seorang pelajar perempuan.

Sehingga kini, kluster berkenaan sudah merekodkan 56 kes positif COVID-19.

Terdahulu, Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah pada sidang media harian berhubung perkembangan COVID-19 dilapor berkata 88 kes positif direkodkan di Kelantan semalam.

Katanya, ia menjadikan jumlah keseluruhan kes positif di negeri itu meningkat kepada 3,999 kes setakat ini.

Views:

332
Kongsi :
Previous post COVID-19: kes baharu turun di bawah angka 3,000
Next post Waspada dengan manipulasi sentimen kaum ahli politik- Muhyiddin
Ubah saiz-+=