42 ahli CRSM sedia kendali bot bermotor salur bantuan

Masa Membaca:1 Minit, 16 Saat

KLEBANG 27 Ogos – Seramai 42 ahli Skuad Bantuan Krisis MCA (CRSM) mengikuti Latihan Asas Pengendalian Bot di Seafarer Explorer di sini hari ini.

Ketua CRSM Melaka, Yong Fun Juan berkata latihan tersebut dikendalikan oleh Angkatan Pertahanan Awam (APM) Melaka bersama pasukan Seafarer Explorer ResQ.

Katanya, latihan dua hari itu bagi mengukuhkan lagi pengetahuan dan kemahiran profesional ahli CRSM sekiranya terlibat dengan operasi bantuan.

“42 peserta terdiri daripada ahli CRSM ini adalah mereka yang terpilih mewakili negeri masing-masing, ada wakil dari Johor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Selangor dan Melaka.

“Latihan asas ini penting untuk melengkapkan ahli dengan kemahiran dalam aspek pengendalian bot bermotor.

“Kesemua mereka ini akan digerakkan untuk kerja-kerja bantuan krisis, tidak kira dari negeri mana, yang penting ahli dapat menjalankan tugas selain dapat memupuk semangat kerjasama sesama ahli,” katanya.

a37aff1d-545c-4b4a-8874-a1270fc037e5
YONG Fun Juan

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Majlis Penutup Latihan Asas Pengendalian Bot di Seafarer Explorer di sini hari ini.

Majlis penutup itu dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Klebang, Datuk Lim Ban Hong dan turut dihadiri Pengarah APM Melaka, Leftenan Kol. Kamarulsyah Muslim.

Mengulas lanjut, Yong berkata latihan tersebut membolehkan CRSM mewujudkan satu pasukan elit yang boleh ditugaskan ke mana-mana lokasi dengan cepat dan berkesan.

“CRSM akan berusaha untuk meluaskan jenis latihan bagi ahli-ahli supaya dapat memantapkan lagi kemahiran ahli CRSM.

“Selepas latihan kendalian bot bermotor kita bercadang untuk mengikuti latihan asas sesi menyelamat pula,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1325
Kongsi :
Previous post Tambah baik modul PEDi – Timbalan Exco
Next post Sasar 10 peratus orang awam di Melaka miliki ilmu asas pertahanan awam
Ubah saiz-+=