
422,609 peminjam PTPTN meneruskan bayaran balik pinjaman
KUALA LUMPUR, 20 Nov – Seramai 422,609 peminjam atau 28.17 peratus daripada 1.5 juta keseluruhan peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) meneruskan bayaran balik pinjaman mereka, mulai Oktober lepas.
PTPTN dalam kenyataan memaklumkan kutipan bayaran balik yang diterima adalah sebanyak RM103.03 juta menunjukkan peningkatan sebanyak 173.65 peratus berbanding kutipan pada April yang berjumlah RM37.65 juta.
“Ini menunjukkan bahawa peminjam PTPTN masih terus berusaha membuat bayaran balik pinjaman mereka walaupun berada dalam keadaan yang sukar akibat pandemik COVID-19. Tindakan sebegini seharusnya menjadi ikutan kepada peminjam lain yang berkemampuan dan tidak terjejas,” menurut kenyataan itu.
Menurut kenyataan itu lagi, atas dasar keprihatinan, kerajaan sebelum ini telah bersetuju untuk melanjutkan tempoh penangguhan bayaran balik pinjaman selama tiga bulan lagi, mulai Oktober hingga Disember depan.
Penangguhan bayaran balik pinjaman PTPTN ini telah memberi manfaat kepada 1.5 juta peminjam dengan jumlah keseluruhan anggaran penangguhan bayaran balik pinjaman berjumlah RM1.13 bilion bermula Mac hingga Disember 2020.- BERNAMA
Views:
Related

Berita Lain
WAKAF INSTRUMEN PENTING PACU PEMBANGUNAN UMMAH DI MELAKA
PENGKALAN BATU 2 Disember - Wakaf terus menjadi antara instrumen penting dalam memacu pelbagai inisiatif pembangunan ummah di Melaka termasuk...
KOLEJ TINGKATAN ENAM TUN FATIMAH RAIH ANUGERAH NYALA HARAPAN
DUYONG 2 Disember - Kolej Tingkatan Enam (Prauniversiti) Tun Fatimah Melaka (KTEPTFc) mencipta sejarah apabila muncul sebagai institusi prauniversiti pertama...
TABIKA PERPADUAN LUAR BANDAR TERUS BEROPERASI
AYER KEROH 2 Disember - Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Negeri Melaka berusaha memastikan semua Taman Bimbingan Kanak-Kanak...
ECO CRUISE TASIK CHINCHIN SEMAKIN MENARIK
BANDARAYA MELAKA 2 Disember - Pelayaran di Tasik Chinchin menerusi Eco Cruise Tasik Chinchin akan bertambah menarik apabila Perbadanan Pembangunan...
LEBIH 300 ‘BIKERS’ MERIAHKAN ULANG TAHUN KE-11 MALACCA LADY BIKERZ
AYER KEROH 2 Disember - Sambutan ulang tahun ke-11 Malacca Lady Bikerz (MLB) diraikan dalam suasana meriah apabila dihadiri lebih...
1,000 BERLARI PROMOSI KELESTARIAN ALAM
DURIAN TUNGGAL 2 Disember – Program Larian Lestari, anjuran bersama SWM Environment dan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) yang berlangsung...

