Kompleks Sukan Jasin akan dibina

Masa Membaca:1 Minit, 2 Saat

AYER KEROH 20 Nov. – Sebuah kompleks sukan akan dibina di Jasin dilengkapi dengan pelbagai kemudahan infratstruktur, sekali gus membawa khabar gembira buat masyarakat khususnya golongan belia di daerah Jasin amnya.

Pengerusi Jawatankuasa NGO, Pembangunan Belia dan Sukan, Datuk Mohd Rafiq Naizamohiddeen berkata, projek dengan keluasan 1.61 hektar terbabit akan dibangunkan pada awal tahun hadapan dengan mengambil tempoh 12 bulan untuk disiapkan menerusi peruntukan daripada Rancangan Malaysia Ke-11 di bawah Kementerian Belia dan Sukan.

Katanya, pembangunan dengan pelbagai kemudahan riadah buat golongan belia itu akan dibina di Jasin Bestari.

“Projek ini dijadualkan akan siap dibina menjelang penghujung tahun 2021 dan kita menjangkakan ia boleh diguna pakai menjelang tahun 2022.

“Perkara ini selari dengan hasrat kerajaan negeri bagi memantapkan pembangunan infrastruktur sukan yang perlu ditambah baik,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang akhbar di sini semalam. Hadir sama, Pengarah JBS Melaka, Noorman Ramlan.

Jelasnya, bangunan yang bakal dikenali sebagai Kompleks Sukan Jasin itu akan dibina dengan peruntukan sebanyak RM10 juta dan akan dilaksakanan dalam tempoh terdekat melalui beberapa proses tender yang akan dikeluarkan.

Sementara itu, Mohd Rafiq berkata terdapat dua kompleks sukan lain yang sedang dinaik taraf iaitu Kompleks Rakan Muda Alor Gajah di Alor Gajah dan Kompleks Belia dan Sukan Negeri Melaka di Ayer Keroh.

Views:

789
Kongsi :
Previous post 422,609 peminjam PTPTN meneruskan bayaran balik pinjaman
Next post Jawatankuasa khas perlu peruntukan hampir RM1 juta
Ubah saiz-+=