43 mangsa banjir dipindahkan di Beaufort, Sabah

Share and Enjoy !

Shares

BEAUFORT, 23 Mac – Seramai 43 mangsa banjir daripada 14 keluarga dari Kampung Suasa di sini dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Datuk Mohd Dun Banir semalam, setelah rumah mereka dilanda banjir.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah dalam kenyataan hari ini memaklumkan PPS berkenaan mula dibuka Isnin lepas sebagai persediaan menghadapi bencana banjir berikutan cuaca hujan melanda daerah itu, sejak beberapa hari lepas.

“Setakat ini hanya sebuah kampung terlibat iaitu Kampung Suasa dan proses pemantauan di kawasan banjir masih giat dijalankan oleh agensi yang berkaitan,” menurut kenyataan itu.

Proses kemas kini maklumat mangsa banjir masih dijalankan Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am (JPKA) pagi ini.

Dalam pada itu, Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Beaufort memberitahu pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian banjir itu pada pukul 2.53 petang semalam sebelum bergegas ke kampung berkenaan sejauh kira-kira 30 kilometer dari pekan Beaufort bagi membantu memindahkan mangsa banjir.

Sementara itu, kenyataan itu memaklumkan seramai 653 mangsa daripada 115 keluarga masih berada di tiga PPS daerah Tawau akibat kejadian kebakaran rumah atas air di Kampung Kurnia Jaya, Tawau pada 17 Mac lepas.- BERNAMA

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

5

Share and Enjoy !

Shares
Previous post JaPen ziarah Pak Lan, kesihatan semakin merosot
Next post Hari Air Sedunia, peringatan kepada semua untuk lebih hargai kepentingan air – PM Ismail Sabri