JaPen ziarah Pak Lan, kesihatan semakin merosot

Masa Membaca:1 Minit, 7 Saat

ALOR GAJAH 23 Mac – Biarpun sudah tidak berkecimpung dalam dunia seni, namun sumbangan pelakon veteran, Roslan Salleh atau dikenali sebagai ‘Pak Lan’ dalam pentas itu sebelum ini terus dihargai.

Sempena sambutan Hari Seniman berkonsepkan Ziarah Kasih,  Jabatan Penerangan Negeri Melaka (JaPen) Alor Gajah menerusi Info on Wheels (IoW) mengunjungi kediaman pelakon veteran itu bagi bertanya khabar dan melihat sendiri keadaan Pak Lan.

Pegawai Penerangan Daerah Alor Gajah, Salina Hasan@Abd Rashid berkata, pihaknya telah mengenal pasti penggiat seni tempatan untuk diberi penghargaan dan sumbangan kerana telah mengangkat seni budaya di Melaka.

“Kita lihat keadaan kesihatan beliau semakin merosot serta mengalami kurang daya penglihatan, diharap dengan sumbangan ini dapat memberi sedikit keceriaan kepada semua seniman kita.

“Jasa seniman tanah air ini perlu dihargai kerana mereka pernah menghiburkan kita suatu masa dahulu, sebab itu JaPen sendiri tidak terkecuali untuk terlibat sama dalam ziarah kasih kali ini,” katanya kepada MHI.

Pada ziarah itu turut diadakan majlis tahlil, penyampaian sumbangan barangan keperluan harian, wang tunai dan makanan tengah hari bagi meraikan artis veteran sempena Hari Seniman.

Untuk rekod Hari Seniman Negara diraikan sebelum ini pada 29 Mei namun ini telah diubah kepada 22 Mac sempena memperingati tarikh kelahiran Seniman Agung, Tan Sri P Ramlee. Ia diumumkan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa pada 16 Mac lalu.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

550
Kongsi :
Previous post Lawatan PM ke Vietnam tingkat kerjasama hubungan diplomatik, ekonomi dan rakyat
Next post 43 mangsa banjir dipindahkan di Beaufort, Sabah
Ubah saiz-+=