TOK HAMEED SANTUNI PENGUNDI USIA HAMPIR 100 TAHUN DI SUNGAI SIPUT

Masa Membaca:1 Minit, 18 Saat

AYER LIMAU 3 November – Kediaman Mohd Yusof Taib, 98, di Kampung Sungai Siput antara persinggahan calon Barisan Nasional bagi Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N03 Ayer Limau, Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer sempena Program Ziarah Poghut Ayer Limau, semalam.

Meskipun mengikut butiran pada Mykad usianya yang rasmi adalah 98 tahun, namun umur sebenar Mohd Yusof yang mempunyai lebih 60 orang cucu itu dianggarkan sudah mencapai 100 tahun.

Pada program ziarah sama Hameed turut bertanyakan khabar isteri Mohd Yusof iaitu, Chahaya Basir berusia 80 tahun yang kini uzur akibat patah tulang paha selepas terjatuh.

Hameed yang juga calon nombor 2 DUN Ayer Limau berkata, ziarah dilaksanakan sudah menjadi rutin beliau sejak diberi mandat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-15.

“Kali ini saya singgah di 13 kediaman dan boleh dikatakan semua yang disatuni amat akrab dengan saya, mereka juga kerap berurusan secara terus dengan saya atas pelbagai urusan.

“Penduduk di DUN Ayer Limau adalah keluarga besar saya, ziarah ini bukan kerana PRN ke-16 sudah dekat tetapi memang sudah lama dilaksanakan. Inilah cara saya menyantuni rakyat, turun padang bertanyakan masalah dan keperluan mereka,” katanya.

Menurutnya, bagi mengelakkan ada rakyat yang keciciran daripada menerima bantuan, beliau juga bekerjasama rapat dengansemua Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) di DUN Ayer Limau.

“Tanggungjawab sebagai wakil rakyat saya tidak ada batasan, sempadan parti atau berpezaan agama, siapa dalam kepayahan saya akan bantu. Kami di DUN Ayer Limau tidak pernah meminggirkan sesiapa meskipun berbeza pandangan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

166
Kongsi :
Previous post PRN MELAKA: USAHA BN DI REMBIA REDAKAN BANJIR, PENDUDUK SUNGAI PETAI LEGA
Next post STESEN PENYELIDIKAN MPOB PERKUKUH SEKTOR AGRIKOMODITI MELAKA