43 pasar segar terkawal tawar tujuh komoditi

Masa Membaca:59 Saat

PUTRAJAYA 31 Mei – Tujuh komoditi ditawarkan di kesemua 43 Pasar Segar Terkawal (PST) seliaan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) yang beroperasi ketika pelaksanaan sekatan pergerakan penuh yang bermula esok.

FAMA dalam satu kenyataan memaklumkan komoditi itu ialah sayur-sayuran, buah-buahan, ayam, ikan dan hasil laut, daging, barangan runcit serta barangan asas tani.

“PST itu terdiri daripada 24 Pasar Tani Kekal, tiga MyFarm Outlet, 14 Pusat Operasi FAMA dan dua Agrobazaar,” menurut FAMA dalam kenyataan itu.

Pasar Tani Kekal, MyFarm Outlet dan Agrobazaar beroperasi bermula 6 pagi hingga 4 petang manakala Pusat Operasi FAMA bermula 7 pagi hingga 12 tengah hari.

Pengguna yang ingin mendapatkan maklumat mengenai tarikh dan waktu operasi PST boleh melayari pautan www.fama.gov.my/faq.

FAMA memaklumkan operasi PST itu turut menawarkan pembelian secara dalam talian dengan pesanan boleh dibuat sebelum pengoperasian PST sama ada melalui platform media sosial, eWallet atau eDagang dan membuat bayaran terus secara dalam talian atau pembayaran tunai semasa serahan (COD).

“Pengguna juga boleh membuat pilihan untuk mendapatkan pesanan yang ditempah melalui kaedah pengambilan di lokasi yang ditetapkan (pick-up point), penghantaran melalui penghantar atau dropship,” menurut FAMA.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1684
Kongsi :
Previous post 30 trak bergerak vaksinasi diaktifkan di Kuala Lumpur
Next post Kerjasama rakyat penentu kejayaan ‘total lockdown’- MKN
Ubah saiz-+=