Sorting by

×

500 ekor rama-rama dilepaskan tanda terima kasih

Masa Membaca:1 Minit, 30 Saat

AYER KEROH 22 Januari – Kira-kira 500 ekor rama-rama dari pelbagai spesis dilepaskan hari ini sebagai gimik sambutan ulang tahun ke-32 Taman Rama-rama dan Reptilia Melaka.

Eksekutif Pemasaran Taman Rama-Rama dan Reptilia Melaka, Juwairiyah Hashim berkata pelepasan rama-rama tersebut ke alam semula jadi itu adalah sebagai tanda terima kasih kepada semua pelancong yang pernah berkunjung ke situ.

Katanya, kesemua rama-rama itu dipulangkan semula ke alam semula jadi selepas dibiakkan.

“Salah satu spesis rama-rama yang kita lepaskan hari ini adalah dari spesis ‘Clipper’, di mana spesis ini sudahpun pupus di Singapura.

“Namun begitu, kita di Taman Rama-Rama dan Reptilia Melaka telah berjaya membiakkan jenis ini sehingga kini dalam skala besar.

“Dan bersempena ulang tahun ke-32, kita mengadakan Festival Ulang Tahun di mana pelbagai program telah direncanakan seperti ‘Education Programme’,yang mana pengunjung hanya perlu bayar tiket masuk sahaja dan aktiviti-aktiviti sepanjang festival berlangsung adalah secara percuma,” katanya.

5CE2FD01-B2CC-4BDC-97D4-E76F7D6E4407
Temubual Eksekutif Pemasaran Taman Rama-Rama dan Reptilia Melaka, Juwairiyah Hashim. Foto: MR. AZLI

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada sidang media selepas Program Melepaskan 500 rama-rama pelbagai spesis di Taman Rama-Rama dan Reptilia Melaka di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Juwairiyah berkata festival tersebut telah pun bermula seawal Disember tahun lalu sehingga 1 Februari depan.

Katanya, bersempena ulang tahun ke-32 Taman Rama-Rama dan Reptilia Melaka, pihaknya turut mengadakan 32 cabutan bertuah dan mengedarkan 32 balang berisi rama-rama untuk mengajak pengunjung bersama-sama melepaskan haiwan dari kumpulan serangga itu.

5363AB6D-8206-4C90-9823-E5771EE09502
Sebahagian haiwan yang terdapat di Taman Rama-rama & Reptilia sempena Festival Ulangtahun ke-32 di Ayer Keroh, Melaka. Foto: MR. AZLI

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2018
Kongsi :
Previous post Taman Rama-Rama dan Reptilia Melaka diserbu pengunjung
Next post Bas persiaran terbakar, 44 pelancong dan pemandu selamat
Ubah saiz-+=