Taman Rama-Rama dan Reptilia Melaka diserbu pengunjung

Masa Membaca:1 Minit, 36 Saat

AYER KEROH 22 Januari – Taman Rama-Rama dan Reptilia Melaka diserbu pelancong sempena cuti perayaan Tahun Baharu Cina.

Tinjauan Melaka Hari Ini di pusat konservasi reptilia itu juga mendapati rata-rata pengunjung yang hadir terdiri daripada pelbagai lapisan bangsa dan mereka dilihat sudah beratur panjang untuk membeli tiket.

Menurut seorang pengunjung dari Kota Kinabalu, Sabah, Andrew Kumar, 25, berkata dia berkunjung ke situ bersama enam lagi ahli keluarganya untuk melihat pelbagai spesis haiwan dan reptilia di situ.

“Perayaan Tahun Baharu Cina tahun ini kami sekeluarga ambil peluang untuk melawat Melaka, kerana lokasi Taman Rama-Rama dan Reptilia Melaka ini strategik bersebelahan tol Ayer Keroh.

“Jadi ini adalah lokasi pertama kami singgah, dan terasa amat bertuah kerana dapat melihat acara dan aktiviti pelepasan rama-rama selain dapat melihat haiwan-haiwan lain yang terdapat di sini,” katanya.

2F0EDD9C-2232-45B7-9976-426BAFE5C517
AYER KEROH 22 JANUARI 2023. Pengunjung, Andrew Kumar, 25, dari Kota Kinabalu, Sabah. Foto: MR. AZLI

Dia berkata demikian ketika ditemui Melaka Hari Ini di Taman Rama-Rama dan Reptilia Melaka di sini hari ini.

Nada sama disuarakan pengunjung dari Johor Bahru, Noor Asimah Yahia, 28, katanya cuti empat hari sempena Tahun Baru Cina itu adalah masa sesuai membawa anak-anak berjalan.

Jelasnya, dia dan lapan ahli keluarganya bertolak dari Johor Bahru seawal jam 8 pagi tadi untuk ke Taman Rama-Rama dan Reptilia Melaka.

“Ini bukan kunjungan kali pertama kami ke sini, tapi memang seronok sebab anak-anak suka melihat haiwan seperti ular, rama-rama dan pelbagai lagi haiwan.

“Setiap kali datang mesti ada sahaja aktiviti menarik dilakukan dan kebanyakan info kami tahu dari laman sosial seperti Facebook, dan memang tidak rugi menempuh kesesakan untuk melihat anak-anak gembira seperti hari ini,” katanya.

D7A3DA8A-293D-48EA-BD3A-84FC2284536C
Pengunjung, Noor Asimah Yahia, 28, dari Kulai, Johor Bahru. Foto: MR. AZLI

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

3936
Kongsi :
Previous post MOTAC sasar kedatangan lima juta pelancong China ke Malaysia tahun ini – Tiong
Next post 500 ekor rama-rama dilepaskan tanda terima kasih
Ubah saiz-+=