8,000 buku COVID-19 Melanda Negara dan Dunia diagihkan

Masa Membaca:1 Minit, 39 Saat

AYER KEROH 8 April. – Sebanyak 8,000 buku COVID-19 Melanda Negara dan Dunia diwakafkan penulisnya, Datuk Muhammad Din Yusoh untuk diagihkan di negeri ini bagi berkongsi pedoman dalam pengalaman dan nilai-nilai integriti ketika pandemik itu melanda tahun lalu.

Mufti Datuk Wira Abdul Halim Tawil berkata, buku berjudul Ujian Kepada Manusia dan Peringatan Allah, Menghargai Masa Semasa COVID, Selepas Covid dan Mencuri Masa Di Tempat Bekerja, Cara Solat Jumaat Semasa COVID menceritakan pelbagai aspek merangkumi kesihatan, hukum syarak dan ibadat.

“Buku ini banyak menceritakan pengalaman penulis dan turut meluahkan nilai-nilai integriti yang perlu dijadikan pengajaran dalam kehidupan kita.

“Buku yang diwakafkan ini telah disemak oleh Jabatan Mufti Melaka dan kita akan agihkan kepada seluruh agensi termasuk ke peringkat masyarakat di negeri ini bagi ditempatkan di dalam masjid dan sebagainya,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri program pelancaran buku terbabit di Hotel Muzaffar di sini hari ini.

Sementara itu, Mohamad Din ketika ditemui berkata, buku ditulisnya banyak berkisar pengajaran buat Umat Islam tentang hukum hakam ketika wabak itu melanda negara.

Katanya, Melaka, Johor dan Negeri Sembilan merupakan negeri pertama menerima buku yang diwakafkannya dan diagihkan secara serentak menerusi kerjasama Jabatan Mufti negeri masing-masing.

“Buku ini akan dinilai dan disemak oleh Jabatan Mufti terlibat bagi memastikan segala kandungannya tepat dan benar sebagai pedoman masyarakat.

“Kita akan membuat sebanyak tujuh cetakkan bagi buku ini dengan anggaran lebih 100,000 naskah akan diagihkan di negeri-negeri terpilih termasuk Pahang dan Brunei.

“Buku ini mula ditulis bermula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun lalu dan siap pada sekitar Oktober dan telah menjalani beberapa judul cetakkan dengan beberapa penambahan dilakukan terhadap penjilidan ,”katanya.

Terdahulu, Pelancaran Buku COVID-19 Melanda Negara dan Dunia itu telah dilancarkan Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia (Dr.) Mohd Ali Mohd Rustam telah dihadiri kira-kira 50 tetamu.

Hadir sama Ketua Polis negeri Datuk Abdul Majid Mohd Ali dan Panglima Artileri 3 Divisyen (3 Div), Brigedier Jeneral Datuk Noor Sazali Puteh.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1422
Kongsi :
Previous post Kadar zakat fitrah di Melaka kekal RM7 dan RM14
Next post Syarikat telekomunikasi dikompaun RM6.7 juta berkaitan pendaftaran palsu kad prabayar
Ubah saiz-+=