8,339 golongan miskin, fakir terima bantuan zakat

Masa Membaca:1 Minit, 13 Saat

BUKIT PIATU 4 April – Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) sudah selesai melaksanakan agihan zakat fitrah dan fidyah berjumlah lebih RM4.8 juta kepada golongan miskin termasuk fakir seluruh Melaka.

Timbalan Pengerusi MAIM, Datuk Rahmad Mariman yang jug Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, berkata agihan berkenaan adalah jenis bantuan zakat disediakan khusus kepada penerima memerlukan setiap tahun.

“Setakat ini MAIM sudah mengagihkan bantuan zakat fitrah dengan jumlah keseluruhan RM3,659,550 kepada seramai 161 penerima fakir dan 8,178 penerima miskin.

“Sementara itu bagi fidyah pula jumlah yang diagihkan adalah RM1,228,050,” katanya ketika ditemui pada Majlis Penyerahan Sumbangan Kit Makanan Oleh 99 Speedmart Sdn Bhd Bersempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang turut dihadiri Pengurus Baitulmal MAIM, Mohd Hairulamin Mohd Sis, di Pejabat MAIM, semalam.

Rahmad berkata, bahagian agihan zakat MAIM juga dalam tindakan untuk menyalurkan bantuan Syawal kepada semua ketua keluarga isi rumah (KIR) berjumlah RM100.

Whatsapp Image 2024 04 04 At 12.13.20 Pm

RAHMAD bergambar bersama penerima bantuan dan wakil daripada MAIM serta 99 Speedmart.

Jelas beliau agihan itu adalah dilaksanakan menerusi dua kaedah iaitu secara tunai atau dikreditkan terus ke dalam akaun penerima.

Sementara itu mengulas mengenai program berkenaan Rahmad berkata, 99 Speedmart dan MAIM menyumbangkan sebanyak 200 kit makanan mengandungi barangan keperluan harian.

“Ini adalah kali pertama MAIM dan 99 Speedmart bekerjsama dan saya berharap perkara baik seperti ini diteruskan lagi pada masa akan datang,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

75
Kongsi :
Previous post Lima menara bakal tingkat kualiti 5G DUN Asahan
Next post Dua lelaki disyaki bantu kegiatan pinjaman wang tanpa lesen ditahan
Ubah saiz-+=