
858 mangsa banjir dipindahkan ke 12 PPS di Sarawak
KUCHING, 20 Feb – Banjir yang kembali melanda Sarawak sejak semalam menyaksikan peningkatan seramai 858 mangsa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) pagi ini berbanding 7.55 petang semalam.
Menurut kenyataan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak setakat 8 pagi ini juga sebanyak 12 PPS telah dibuka berbanding hanya sembilan semalam.
Daripada jumlah itu, tujuh PPS dibuka di daerah Samarahan, tiga di Kuching dan dua di Lundu.
Kira-kira sebulan selepas gelombang pertama banjir di Sarawak, beberapa tempat di bandar raya ini sekali lagi dilanda musibah banjir semalam berikutan hujan berterusan.
Semalam, lalu lintas terhenti menyebabkan berpuluh kenderaan terkandas selepas beberapa jalan utama ditenggelami air berikutan kenaikan air seawal subuh, memutuskan jalan darat utama ke daerah kejiranan seperti Kota Samarahan dan Serian.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
JELAJAH KETUA MENTERI SAYANG RAKYAT, TAK TUNGGU RAKYAT CARI YB
MACHAP JAYA 23 Ogos - Atas dasar memikul amanah dan kepercayaan diberikan pada pilihan raya yang lalu, Ketua Menteri Datuk...
TOK RAUF PUJI KOMITMEN, KEGIGIHAN AH SEM
MACHAP JAYA 23 Ogos - Komitmen Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Machap Jaya, Datuk Ngwe Hee Sem yang terus menjalankan...
JELAJAH KETUA MENTERI SAYANG RAKYAT BAWA BERITA BAIK UNTUK DUN MACHAP JAYA
MACHAP JAYA 23 Ogos - Lebih 15 bentuk sumbangan dan inisiatif dibawa pada siri Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat Dewan...
‘KITA TAK PILIH SIAPA MAHU DIDENGAR, SIAPA MAHU DIBANTU’ – AB RAUF
MACHAP JAYA 23 Ogos- Kerajaan Negeri dipimpin Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh cakna dan mengambil peduli suara...
CUTI SEKOLAH: BELANJA RM70 DI MELAKA RIVER CRUISE BOLEH MENANG KERETA
DUYONG 23 Ogos - Cuti persekolahan yang bakal tiba ini boleh dimanfaatkan seisi keluarga untuk menikmati pelayaran dengan Melaka River...
1,000 JALUR GEMILANG HIDUPKAN SEMANGAT MERDEKA DI JASIN
JASIN 23 Ogos - Sebanyak 1,000 Jalur Gemilang menghiasi enam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam pentadbiran Majlis Perbandaran Jasin...
