
94.9 peratus populasi dewasa lengkap divaksin
KUALA LUMPUR 9 Nov – Sejumlah 22,214,024 individu atau 94.9 peratus kadar populasi dewasa di negara ini lengkap menerima dos vaksin COVID-19, setakat 11.59 malam tadi.
Berdasarkan data Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi laman COVIDNOW, sebanyak 22,819,122 individu atau 97.5 peratus daripada populasi dewasa telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Dalam pada itu, sejumlah 108,821 dos suntikan vaksin diberikan semalam melibatkan 44,084 suntikan dos lengkap, 6,342 dos pertama dan 58,395 pula menerima suntikan dos penggalak menjadikan jumlah kumulatif vaksin bagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) kini meningkat kepada 50,527,937.
Setakat semalam juga, sebanyak 2,390,929 atau 76 peratus individu bagi golongan remaja berusia 12 hingga 17 tahun telah lengkap divaksin manakala 86.4 peratus atau 2,719,497 individu telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Selain itu, jumlah kumulatif dos penggalak pula kini sebanyak 565,629 dos.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
SEMINAR MARITIM PERBETUL NARATIF SEJARAH KESULTANAN MELAYU MELAKA
DUYONG 5 Februari - Seminar Kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka Dalam Dunia Maritim yang diadakan di Auditorium Muzium Hang Tuah Center...
HEBAT: CAKNA PERMASALAHAN RAKYAT SECARA MENYELURUH
SERI NEGERI 5 Februari - Pendekatan Program Hari Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Bertemu Rakyat (HEBAT) Siri 1/2026 menjadi...
MENARA TAMING SARI LEBIH SELAMAT, SELESA
SERI NEGERI 5 Februari - Menara Taming Sari terus komited memastikan keselamatan dan keselesaan pengunjung menerusi kerja naik taraf fasiliti...
TOK AJAK AGIH 3,000 KAMPIT BERAS UNTUK WARGA TELOK MAS
TELOK MAS 5 Februari - Lebih 3,000 kampit beras 5 kilogram (kg) akan diagihkan kepada penduduk Dewan Undangan Negeri (DUN)...
HEBAT TONJOL KOMITMEN TINGGI PBT MELAKA SELESAI ISU RAKYAT
SERI NEGERI 5 Februari - Program Hari Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Bertemu Rakyat (HEBAT) antara bukti komitmen pelbagai...
YB HELMY AKUI RAMAI MOHON PINDAH DUYONG
SERI NEGERI 4 Februari - Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem mengakui menerima banyak permintaan daripada orang ramai untuk berpindah...

