Cabaran calon wanita muda beri khidmat terbaik di DUN Rim – Dira

Masa Membaca:1 Minit, 18 Saat

RIM 9 Nov – “Saya bertuah dilantik sebagai calon Barisan Nasional (BN) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim dan ini satu cabaran pada saya untuk kekalkan reputasi terbaik di DUN ini”.

Itu penjelasan Datuk Khaidhirah Abu Zahar atau lebih dikenali Dira yang akan meneruskan perkhidmatan terbaik untuk masyarakat DUN Rim sekiranya beliau diberikan mandat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka 20 Nov ini.

Beliau berkata, meskipun berdepan cabaran menjadi calon wanita muda namun beliau akan memastikan pembangunan dalam pendidikan rakyat menjadi keutamaan.

“Menjadi calon wanita muda juga adalah cabaran, beberapa tumpuan seperti pembangunan pendidikan, jaringan penyampaian maklumat dan perkhidmatan akan dilaksanakan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Bilik Gerakan Barisan Nasional (BN) DUN Rim di sini, hari ini. yang turut dihadiri bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rim, Datuk Ghazale Muhamad.

DIRA Abu Zahar

Mengulas lanjut, beliau berkata, sebagai calon baru, beliau berbesar hati mendapat kerjasama daripada Ghazale untuk menerusikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

“Saya bertuah dicalonkan di DUN Rim..ini kampung keluarga mak saya dan sebahagian keluarga saya ada di sini, tiada masalah setakat ini kerjasama diberikan kepada saya (dan) terima kasih kepada Datuk Wira Ghazale Muhamad memberi dorongan untuk membantu.

“Sebagai calon baru saya diberi mandat untuk meneruskan legasi dan khidmatnya, beliau tidak terima sebarang rungutan sebelum ini dan itu cabaran utama kepada saya untuk perform sebaik mungkin.

“Saya akan cuba sebaik mungkin untuk laksanakan kerja Datuk Ghazale sebelum ini andai saya diberikan mandat pada 20 Nov nanti,” katanya.,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

718
Kongsi :
Previous post 94.9 peratus populasi dewasa lengkap divaksin
Next post Agong berangkat ke Majlis Munaqasyah Agama kali keempat di Istana Negara
Ubah saiz-+=