943 pegawai, anggota polis Melaka bertugas di pusat penamaan calon

Masa Membaca:1 Minit, 8 Saat

AYER KEROH 5 November – Seramai 943 keanggotaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) kontinjen Melaka digerakkan di enam Pusat Penamaan Calon (PPC) di negeri ini bagi memastikan kelancaran proses itu.

Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Samah berkata, keanggotaan itu akan memantau enam kawasan Parlimen membabitkan Masjid Tanah, Alor Gajah, Tangga Batu, Kota Melaka, Hang Tuah Jaya dan Jasin.

Katanya, penugasan pegawai dan anggota itu di semua kawasan terbabit bagi memastikan keadaan terkawal.

“Seramai 943 orang keanggotaan PDRM ditugaskan sepanjang penamaan calon berlangsung dan setakat ini tiada sebarang insiden tidak diingini berlaku,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata sebaik sahaja PPC ditutup pada jam 10 pagi tadi, tempoh bermula bermula sehingga tengah malam 18 November ini.

“Justeru, mana-mana parti yang ingin menganjurkan ceramah sepanjang kempen PRU15 hendaklah mematuhi peraturan berkempen yang dibenarkan dan memohon permit terlebih dahulu sebelum mengadakan sebarang ceramah.

“Hal ini memastikan sudut keselamatan termasuk kawalan lalu lintas dapat diuruskan selain memberi kemudahan terhadap kelancaran kempen bagi semua parti bertanding,” katanya.

Zainol turut mengingatkan orang ramai supaya tidak mencetuskan sebarang provokasi terhadap isu senstif seperti isu perkauman, berkaitan institusi diraja mahupun perkara yang melanggar undang-undang.

“PDRM tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang tidak mematuhi peraturan berkempen dan akan mengambil tindakan sewajarnya sekiranya perkara itu tidak dipatuhi,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2258
Kongsi :
Previous post Empat calon bertanding di Jasin
Next post 25 calon rebut enam kerusi Parlimen Melaka
Ubah saiz-+=