
Ribut tak jejas operasi Zoo Melaka
AYER KEROH 9 Januari – Sebanyak 13 lokasi haiwan di Zoo Melaka terjejas akibat pokok tumbang dan kerosakan infrastruktur susulan kejadian ribut baru-baru ini.
Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ), Datin Sapiah Haron berkata antara yang terjejas adalah kawasan rusa, zirafah, badak, siamang, rumah burung dan kambing gurun.
Katanya, pihak Zoo Melaka akan membaiki kerosakan dalam kadar segera dan menutup lokasi haiwan terbabit secara berperingkat.
“Setakat ini tidak ada haiwan yang cedera, kami juga sudah mengenal pasti tiga ke lima pokok besar tumbang akibat ribut.
“Kos pembaikan keseluruhan kawasan yang rosak dan terjejas dianggarkan RM3.425 juta yang mana tindakan sebut harga telah dikeluarkan,” katanya pada sidang media di Zoo Melaka, di sini, semalam.
Hadir sama, Pengarah Zoo Melaka, Zanariah Khamis.
Mengulas lanjut, Sapiah berkata penutupan berperingkat bagi kerja baik pulih itu tidak akan menjejaskan operasi zoo dan pameran haiwan.
“Pengunjung tidak perlu khuatir untuk datang ke Zoo Melaka atau risau tidak dapat melihat haiwan-haiwan yang mereka inginkan.
“Kita akan laksanakan kerja pembaikan dalam kadar segera untuk keselesaan pengunjung. Jadi jangan risau,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
BANTUAN DEEPAVALI BUKAN GULA-GULA PRN – AB RAUF
LENDU 29 Oktober – Bantuan sempena sambutan Deepavali di Melaka tetap akan disalurkan kepada maysarakat India, meskipun bukan pada musim...
FELCRA AGIH KEUNTUNGAN RM190.6 JUTA, NAIK 50.2 PERATUS
AYER KEROH 29 Oktober - FELCRA Berhad mengumumkan Keuntungan Boleh Agih Interim 2/2026 berjumlah RM190.6 juta bagi projek peserta di...
SYARIKAT JANAKUASA ELEKTRIK RANCANG PELABURAN RM6 BILION DI TANJUNG BIDARA
TANJUNG BIDARA 29 Oktober – Sebuah syarikat janakuasa elektrik di Tanjung Bidara merancang pelaburan baharu bernilai RM6 bilion yang dijangka...
PRN MELAKA: BN PASTIKAN SEMUA KAUM ADA SUARA – AHMAD ZAHID
AYER KEROH 29 Oktober - Barisan Nasional (BN) terus memberi ruang kepada masyarakat pelbagai kaum untuk diwakili dalam kepimpinan negeri...
RM200,000 PERUNTUKAN DEEPAVALI UNTUK MASYARAKAT INDIA MASJID TANAH
LENDU 29 Oktober- Kerajaan Negeri memperuntukkan sejumlah RM200,000 bagi meringankan beban 1,000 masyarakat India di Parlimen Masjid Tanah melakukan persiapan...
PRN MELAKA: JANGAN BIAR BAHAN KEMPEN GANGGU PANDANGAN, ANCAM KESELAMATAN
BANDARAYA MELAKA 29 Oktober - Parti politik yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka diingatkan supaya tidak memasang bendera,...
