
BSAT MAIM santuni asnaf terlantar
AYER KEROH 3 Februari – Isteri dan anak-anak menjadi penguat semangat buat warga emas ini bagi melawan kesakitan akibat menderita masalah kencing manis dan tekanan darah tinggi yang kronik.
Malah penghujung tahun lalu dugaan Ahmad Daud, 74, bertambah apabila dia mula kerap mengalami pendarahan pada bahagian badan.
Berikutan masalah kesihatan dialami, Ahmad perlu berulang-alik ke Hospital Melaka, bagi mendapatkan rawatan susulan dan pemeriksaan secara berjadual.
Dugaan dilalui warga emas itu yang juga asnaf mendapat perhatian Sukarelawan Al-Taqwa (BSAT) Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) yang turun padang untuk menziarahi dan bertanya khabar mengenai perkembangan kesihatannya.
Dalam kunjungan ke rumah Ahmad di Kampung Bukit Tembakau, baru-baru ini, BSAT turut menyampaikan bantuan katil boleh laras, mesin penyedut kahak, susu kesihatan serta lampin pakai buang.
Sumbangan itu bertujuan membantu meringankan beban warga emas berkenaan yang sebelum ini sudah menerima bantuan sakit terlantar.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
TAMAN REKREASI MADANI RUANG RIADAH MESRA KOMUNITI
AYER KEROH 30 April – Pembangunan Taman Rekreasi MADANI (TRM) di Dataran Sejarah Ayer Keroh dijangka akan menghidupkan lagi kawasan...
SK MALIM JOHAN BAHAS BAHASA MELAYU ALA PARLIMEN
AYER KEROH 30 April - Sekolah Kebangsaan (SK) Malim membuktikan kehebatan di pentas bahas apabila dinobat johan pada Pertandingan Bahas...
LEBIH RM300,000 DISALUR BAGI PEMBANGUNAN BELIA DUN LENDU
SERI NEGERI 30 April - Sebanyak RM387,885 disalurkan ke Dewan Undangan Negeri (DUN) Lendu bagi penganjuran aktiviti berkaitan sukan, pembangunan...
MAIM BANTU MASJID TAMBAH PENDAPATAN
SERI NEGERI 29 April - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) memainkan peranan amat penting bagi membantu masjid di negeri ini...
MELAKA MOHON SEMAK SEMULA, TANGGUH CAJ PARKIR HOSPITAL MELAKA
SERI NEGERI 29 April - Kerajaan Negeri akan mengadakan perbincangan dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi memohon pertimbangan semula serta...
MELAKA BERJAYA SELESAIKAN MASALAH LIPUTAN LEMAH DI IPT
SERI NEGERI 29 April - Masalah liputan telekomunikasi lemah yang membelenggu beberapa institusi pengajian tinggi (IPT) di negeri ini telah...
