
Polis tumpas sindiket penipuan panggilan telefon pihak menyamar pegawai insurans
KUALA LUMPUR, 16 Februari – Polis menumpaskan satu sindiket penipuan berkaitan panggilan telefon daripada pihak yang menyamar sebagai pegawai insuran, susulan penahanan sembilan individu termasuk tiga wanita dalam serbuan di Selangor dan ibu negara, Selasa lepas.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata kesemua suspek yang berusia dalam lingkungan 28 hingga 42 tahun dipercayai berperanan sebagai keldai akaun dan pemilik syarikat yang digunakan dalam penipuan itu.
Beliau berkata siasatan awal mendapati keldai akaun yang ditahan ini menerima bayaran antara RM300 hingga RM400 untuk sindiket menggunakan akaun bank mereka.
“Ekoran penahanan itu, polis percaya telah berjaya menyelesaikan 61 kes penipuan oleh sindiket ini yang melibatkan nilai kerugian keseluruhan berjumlah RM28.92 juta,” katanya dalam sidang media mingguan JSJK di sini hari ini.
Beliau berkata dalam operasi itu, polis turut merampas 11 telefon bimbit, sembilan kad pengeluaran wang (ATM), serta wang tunai berjumlah RM377.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
NURUL SYASYA HADIAHKAN EMAS UNTUK MELAKA
AYER KEROH 18 Ogos - Atlet angkat berat Melaka, Nurul Syasya Khairina Syamsur menebus kekecewaan pada edisi terdahulu apabila berjaya...
PPSPM SASAR PERTANDINGAN RC POWER BOAT 2027 LEBIH MERIAH
AYER KEROH 18 Ogos - Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) bercadang untuk menganjurkan pertandingan Remote Control (RC) Power...
PUTRA SPECIALIST HOSPITAL PERLUAS JARINGAN KESIHATAN KE SUMATERA BARAT
AYER KEROH 18 Ogos - Putra Specialist Hospital (PSH) Melaka memperkukuh jaringan kesihatan rentas sempadan dengan Sumatera Barat, Indonesia menerusi...
POLYCCSKILLS 2026: PMM WARRIORS RAIH EMPAT PINGAT
MERLIMAU 18 Ogos - Pelajar Politeknik Merlimau Melaka (PMM) berjaya membawa pulang empat pingat selepas memberikan saingan terbaik dalam tujuh...
OMSMC PERKUKUH KEMAHIRAN GP KESAN ‘RED FLAGS’ PESAKIT
KLEBANG 18 Ogos - Oriental Melaka Straits Medical Centre (OMSMC) memperkukuh kemahiran pengamal perubatan am (GP) dalam mengenal pasti tanda...
WRUR TABOH NANING: SEMBILAN HARI BERSAMA RAKYAT
TABOH NANING 18 Ogos - Sebanyak 49 program disusun sempena Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan Negeri (DUN)...
