Tak perlu ragu aspek keselamatan Menara Taming Sari
AYER KEROH 1 Mac – Pengunjung atau pelancong berminat menikmati pemandangan bandaraya dan Selat Melaka dengan menaiki Menara Taming Sari, tidak perlu ragu-ragu terhadap aspek keselamatan ikon pelancongan itu.
Ketua Pegawai Eksekutif Menara Taming Sari Berhad (MTSB), Nasrul Ahmad berkata, pihaknya sentiasa memastikan penyelenggaraan dijalankan mengikut jadual ditetapkan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia (JKKP).
Nasrul berkata, selain melengkapkan menara berkenaan dengan ciri-ciri keselamatan, kakitangan MTSB juga dilatih untuk berdepan sebarang situasi cemas.
“Pegawai yang mengendalikan kemudahan tarikan pelancongan ini juga perlu mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ketat. Jadi jika berlaku kecemasan penumpang boleh diturunkan dengan selamat, kepuasan pelanggan adalah keutamaan kami.
“Juruteknik dilantik juga akan melakukan pemeriksaan harian iaitu sebelum memulakan operasi menara. Pemeriksaan pada kebiasaan mengambil masa selama satu jam, bagi memastikan peralatan atau komponen mekanikal dan elektrik dalam keadaan baik,” katanya kepada Melaka Hari Ini.
Menurutnya, menara itu hanya akan dibenarkan untuk beroperasi dan membawa penumpang apabila disahkan selamat dan tidak ada sebarang masalah membabitkan semua aspek.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
ASET ATM JADI TUMPUAN HARI PERTAMA KUAM 2024
BATU BERENDAM 31 Oktober - Aset milik cabang perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) antara yang paling mencuri tumpuan pengunjung singgah...
BANTUAN MANGSA RIBUT MASJID TANAH DISALURKAN SEGERA
KUALA LINGGI 31 Oktober - Kerajaan Melaka memandang serius bencana ribut yang melanda beberapa kawasan di Masjid Tanah dan inisiatif...
WANITA RUGI LEBIH RM260,000 ANGKARA ‘LOVE SCAM’
KUANTAN 31 Oktober - Seorang wanita berputih mata selepas terjerat sindiket 'Love Scam' menyebabkan kerugian lebih RM260,000, kata Ketua Polis...
REMAJA PEREMPUAN MAUT REMPUH KERETA BUAT PUSINGAN U
REMBAU 31 Oktober - Seorang remaja perempuan berusia 17 tahun maut dalam kemalangan di kilometer 32.1 Jalan Seremban-Tampin, Pekan Chengkau...
MELAKA RIVER CRUISE GAMIT 740,000 PENGUNJUNG
BANDARAYA MELAKA 31 Oktober - Melaka River Cruise merekodkan lebih 740,000 pengunjung sejak Januari hingga awal Oktober tahun ini. Pengarah...
MELAKA TUAN RUMAH KEJOHANAN BOLA BALING KEBANGSAAN
PAYA RUMPUT 31 Oktober - Sebanyak 7 pasukan berentap di dalam Kejohanan Bola Baling Bawah 20 Tahun Kebangsaan Antara Negeri...